EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Grid Padang Guardiola Di Man City, Apa Maknanya?

0 month ago, 20-Nov-2020

Dalam bolasepak, jurulatih perlu mengambil inisiatif untuk memberikan arahan secara zonal kepada pemain. Namun cabaran besar adalah, bagaimana hendak memberitahu pemain dengan lebih sistematik.

Ini kerana, permukaan padang yang luas dan tidak ada grid seperti mana American Football menyebabkan pemain kadang kadang menjalankan tugas dengan tidak begitu spesifik.

Kita mungkin cuma tahu, kawasan kotak penalti, kawasan bulatan tengah, kawasan penjuru padang dan luar kotak penalti.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan kepada anda lebih terperinci zon -zon di dalam padang.

Pecahan Asas Padang Secara Vertical

Di bawah adalah gambaran asas yang kerap kita gunakan untuk menggambarkan zon di dalam padang secara vertical.

Di Mana Pula Kawasan Half-space

Dalam berberapa analisis yang lalu, kami banyak menggunakan istilah half-space. Dan ia adalah satu zon di celah celah flank dengan center. Ini adalah pecahan baru padang secara vertikal.

Istilah ini masih asing di negara kita. Sehinggakan, pundit di televisyen di negara kita masih ragu-ragu menggunakan istilah ini. Di bawah ini, saya tunjukkan secara ringkas di mana zon half-space.

Pembahagian 3 Pecahan Asas Secara Horizontal

Secara umumnya mungkin ramai sudah tahu akan 3 pecahan utama dalam padang secara horizontal atau melintag. Itulah yang dilabel dengan

  • Defensive Third Kawasan pertahanan
  • Middle Third Kawasan tengah
  • Final/Attacking Third Kawasan serangan

Namun masih ramai yang terkeliru. Misalnya, masih ramai yang menganggap defensive third adalah kawasan pertahanan dalam kotak penalti.

Manakala final third adalah kawasan serangan di kotak penalti pihak lawam. Ia adalah lari daripada kefahaman sebenar.

18 Zon Dalam Padang

Seterusnya adalah penjelasan 18 zon di dalam padang. Ia adalah pecahan yang lebih kecil. Dimana di setiap Third akan ada 2 pecahan Horizontal dan 3 pecahan Vertical. Menjadikan setiap third ada 6 zon / box.

Ini adalah grid yang digunakan oleh jurulatih di Eropah untuk melatih pemain mereka dalam satu grid zonal padang khas terutama sekali di pusat latihan.

Penerapan skema ini setiap hari membolehkan pemain menggambarkan zon mereka apabila di padang sebenar. Jadi, setiap jurulatih biasanya akan memiliki grid mereka sendiri.

Cuma secara universalnya, kita menggunakan 18 zon biasa dan juga 18 zon Van Gaal. Namun harus diingat, pernomboran zon ini tidak ada kaitan dengan pernomboran posisi dalam padang. Ia dua entiti berbeza.

Di sinilah jurulatih boleh memberikan arahan kepada pemain mereka untuk bermain dengan lebih terperinci. Misalnya, beliau mengarahkan pemain no.10 untuk aktif di zon 14.

Contoh lain adalah, ia dapat menentukan karakter pemain seperti inside forward kiri yang berbeza dengan pemain sayap kiri atau wide wing attacker attacker kiri.

Ini kerana Inside Forward kiri (Contoh Eden Mohamed Salah ) akan kurang untuk bergerak hingga ke zon 18. Mereka akan aktif untuk masuk dari zon 12 ke zon 14.

OH, WOW ????

That is special, @MoSalah ???? pic.twitter.com/fV4SmgwHkE

Liverpool FC (@LFC) August 24, 2019

Begitu juga dengan pemain inside foward di kanan. Karakter dan corak permainan mereka yang akan lebih aktif masuk ke zon 14 berbanding dengan cuba mencapai zon 19.

Kenapa wingback berbeza dengan fullback?

Dengan adanya pembahagian 18 zon dalam padang ini, pemain akan lebih kefahaman di mana mereka harus berada di dalam padang.

Kita pula boleh mengenali mereka adalah fullback ataupun wingback. Dalam 3-5-2 sistem wingback lebih kepada organisasi pemain tengah berbanding dengan pertahanan. Ia adalah peranan peman sayap dari deep area iaitu di kawasan middle third zon nombor 7 dan 9.

Fullback pula lebih kepada, pemain yang menggunakan platform zon no.4(LCB) atau 6 (RCB) serta kerap berada di zon 1 dan 3 untuk taktikal yang ultra defensive.

Kenapa dipanggil box to box ?

Dengan lakaran box 18 di atas, anda sudah boleh membayangkan pemain box to box midfielder adalah pemain yang ada kemampuan untuk terlibat dengan hampir semua kotak/zon di dalam padang.

Beza Zon 18 Guardiola dan Louis Van Gaal

Guardiola dan Van Gaal dikatakan mempunyai pembahagian box yang tersendiri. Mereka tidak terikat dengan pembahagian yang biasa atau universal seperti yang diterangkan.

Ini adalah contoh 18 zon gaya Van Gaal. Bezanya adalah, semua zon di sayap/flak dekecilkan dan semua zon di tengah diperbesarkan.

Bila sampai ke Guardiola, beliau memecahkan zon ini sehingga ke 20 bahagian. Masih sukar untuk menjelaskan pernomboran di bawah sistem Guardiola.

Anda boleh rujuk di bawah ini adalah grid zonal oleh Guardiola. Beliau jelas memberikan fokus di bahagian tengah dengan modifikasi yang jelas.

Ini adalah contoh zon 20 Guardiola ketika di pusat latihan Bayern Munich satu ketika dahulu.

Dan terbaru satu imej daripada pusat latihan Manchester City yang sudah pun ditandakan dengan zon yang serupa dengan 20 zon grid Guardiola.

Ianya sangat penting untuk Guardiola di dalam latihan taktikal pasukannya dengan berasasakan Juego di Posicion.

Juego di Posicion adalah berbeza dengan tiki taka. Di mana sistemnya bergantung kepada permainan posisi berbanding dengan permainan dengan penguasaan bola terlampau tinggi dan hantaran yang sangat banyak.

Pep Guardiola / Manchester City training pitch. #JuegoDePosicion pic.twitter.com/9MZAJhnPQW

coachdogge (@coachdogge) November 20, 2020

Pemposisian itulah yang akan dibiasakan mereka dan kemudiannya dibawa ke dalam aksi sebenar dengan pemain sudah terbiasa dengan grid yang mereka lihat di latihan.

JDT antara pasukan yang ada menandakan satu padang latihan mereka dengan 20 zon grid Guardiola pitch.

Perkara itu kelihatan menerusi satu video oleh JDT pada 2019 di mana memaparkan Guardiola Pitch itu.

Boleh saksikan di sini:



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...