Padah Cuba Lipstick Di Drugstore, Wanita Ini Terkena Jangkitan Mulut
0 month ago, 17-Sep-2023
Wanita dan barang kosmetik berpisah tiada. Jika dahulu ramai para suami menunggu isteri mereka diluar butik pakaian, kini barisan suami berdiri di depan drugstore tidak kurang hebat juga.
Tambahan pula jika ada musim perayaan atau jualan murah di drugstore yang sering menjadi pilihan utama, pasti ramai wanita tidak akan melepaskan peluang tersebut.
Apa yang lebih menarik, drugstore seringkali meletakkan pelbagai jenis tester untuk para pelanggan setia mereka mencuba terlebih dahulu sesuatu produk sebelum membelinya.
Seperti video yang tular di laman Twittervbaru-baru ini, memaparkan seorang wanita dengan selambanya dilihat mencuba lipstickdi bibirnya telah mencuri tumpuan ramai.
Kena jangkitan di mulut lepas try lipstick
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang mencuba lipstick yang ingin dibeli di sebuah kedai drugstore.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebegitu kerana faktor kebersihan.
Kadangkala, jika ada pelanggan yang berpenyakit telah mencuba lipstick tersebut, secara tidak langsung penyakit tersebut boleh berjangkit kepada kita.
Sama juga seperti apa yang dialami oleh wanita tersebut setelah mencuba lipstick, dia telah terkena jangkitan mulut kerana perkara tersebut.
Mula-mula gatal, lepas tu jadi luka kecil
“Dekat area tepi bibir. Mula mula gatal pastu tak lama jadi luka-luka kecil pastu merebak area bibir lain then bengkak, yang kena mesti akan rasa tak sihat nak demam and pening.” katanya
Namun begitu, mulut wanita itu telah kembali pulih dan bebas daripada penyakit tersebut.
Video tersebut telah mendapat tumpuan ramai dan kini meraih sehingga 4.5Juta tontonan, 3K reposts dan 8K tanda suka di laman Twitter.
Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing mengenai kejadian itu dan berharap orang ramai lebih menjaga kebersihan ketika mencuba pelbagai tester di drugstore.
Video yang tular di laman Twitter :
I thought everyone dah aware and know about that??? pic.twitter.com/1KhnFvwodQ
AL (@ciraplaici) September 13, 2023
Padah Cuba Lipstick Di Drugstore, Wanita Ini Terkena Jangkitan Mulut YOY Network.