EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pacak Tripod Rakam Tengah Solat, Jangan Gunakan Agama Untuk Kepentingan Diri Zul Ariffin

0 month ago, 14-Oct-2021

Pelakon Zul Ariffin mengakui watak dan tema penunggang agama dalam filem Penunggang Agama 2 yang dilakonkan wujud dan ramai yang seperti itu dalam kehidupan zaman ini.

Advertisement

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, ramai yang bertemu dengan golongan seperti itu sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Jangan bersikap hipokrit. Pacak ‘tripod’ rakam tengah sembahyang, itu bukan saya. Senang cerita, jangan pergunakan agama untuk kepentingan sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Dalam pada masa yang sama, Zul yang sebelum ini berkongsi beberapa hantaran yang dilihat banyak menghabiskan masa dengan aktiviti berdakwah bersama Ebit Lew berkata, dia tidak pernah bertanya mengenai situasi yang menimpa pendakwah bebas itu.

Dia (Ebit Lew) sedang diuji. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku.

Sekadar info, selain Zul, Penunggang Agama 2 arahan Syafiq Yusof menampilkan lakonan Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Johan As’ari, Datuk Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi dan Sharifah Aisyarha.

Jangan lupa Like dan FollowFacebook,Twitter,Instagram,TelegramdanTikTokBeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Pacak Tripod Rakam Tengah Solat, Jangan Gunakan Agama Untuk Kepentingan Diri Zul Ariffin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...