EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Osman Sapian Diserang Angin Ahmar

0 month ago, 14-Oct-2021


13 OKT: Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Datuk Osman Sapian dilaporkan telah diserang angin ahmar ketika berada di kediamannya, semalam.

Timbalan Pengerusi BERSATU Negeri, Senator Md. Nasir Hashim ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan Osman yang juga Bekas Menteri Besar Johor itu diserang angin ahmar kira-kira pukul 10 atau 11 pagi hari ini sebelum terus dikejarkan ke hospital.

Saya mendapat tahu perkara itu ketika berada di Dewan Negara, ketika ini. Berita ini mengejutkan kami khususnya bagi BERSATU di Johor, katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh memaklumkan Osman akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Saya dimaklumkan beliau berada dalam keadaan yang stabil namun ketika ini akan dihantar ke sebuah hospital di Kuala Lumpur bagi menerima rawatan.

Saya akan menziarahi beliau di ibu negara esok, katanya.

Osman, 70, yang juga Ketua Bahagian BERSATU Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018.

Namun, pada April 2019, ADUN Kempas itu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor.


............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...