EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Orang Terengganu Makan Laksa Dengan Tangan.. Siti Sarah Kongsi Resipi Laksa Lemak Moyang

0 month ago, 08-Jun-2021

Penyanyi dan juga usahawan, Siti Sarah Raissuddin telah menarik perhatian peminat apabila dia ada berkongsikan resipi memasak laksa lemak yang didakwanya terkenal di negeri Terengganu.

Kata Sarah, ada cara tertentu untuk menikmati laksa lemak tersebut iaitu dengan menggunakan tangan mengikut tradisi orang di negeri pantai timur.

Advertisement

Resipi memasak tersebut dikongsikan Siti Sarah menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Laksa Ganu resipi moyang. Okay ini yang korang tunggu-tunggu tu. Banyak DM tanya mana laksa. Boleh la buat makan-makan petang. Siapa pernah makan laksa macam ni?” tulis Sarah di bahagian kapsyen video tersebut.

Penyanyi lagu Ke Hujung Dunia ini juga sempat menunjukkan cara-cara memasak kuah lemak putih yang dihidangkan bersama laksa beras.

Advertisement

Kebolehan Sarah bertutur dalam dialek Terengganu juga mencuri perhatian pengikut media sosialnya.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat teruja dan memuji keenakan laksa lemak Terengganu yang dimasak Sarah itu.

“Sedapnya dengar Sarah cakap Ganu. Laksa Terengganu memang kena makan dengan tangan baru molek, pastu hirup kuat kat pinggan tu.” komen seorang pengguna media sosial.

Nampak sedap, mungkin boleh cuba buat sepanjang PKP ni kan?

Orang Terengganu Makan Laksa Dengan Tangan.. Siti Sarah Kongsi Resipi Laksa Lemak Moyang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...