www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


21 Orang Sertai PAS

3 month ago, 13-Jan-2019


Oleh : Safwan Syakir

KUALA NERUS Seramai 21 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS termasuk bekas ahli-ahli Umno Kampung Pengkalan Arang.

Timbalan Pengarah MTD Bukit Tunggal, Haji Harun Sallehberkata, Parti Islam Semalaysia (PAS) merupakan wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi menegakkan Islam.

matlamat penubuhan PAS adalah untuk mengurus tadbir negara sehinggalah ke pelusuk kampung dengan mengikut acuan agama.

Apabila Islam berkuasa secara tidak langsung semua kaum selamat, sebaliknya jika sesebuah parti itu dasarnya hanyalah bertunjangkan bangsa semata mata, maka ia hanyalah menguntungkan sesetengah pihak sahaja, ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Borang Keahlian PAS Cawangan Pengkalan Arang di Pengkalan Jeti pada 11 Januari.

Hadir sama ialah Ketua Cawangan PAS Pengkalan Arang, A Rahaman Di.

Tambah Haji Harun, pendekatan strategi PAS berubah ubah mengikut zaman, manakala dasar dan Akidah perjuangan PAS tetap teguh bersama Islam yang syumul.

Harapan saya semoga kita semua dianugerahkan Istiqamah atas jalan ini dan perkukuhkan lagi kerajaan sediada dengan menghadiri program program yang telah diatur oleh parti seperti usrah dan sebagainya, katanya





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts