EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Orang ramai dinasihat jangan makan kerang Sungai Genting

0 month ago, 12-Oct-2021


11 OKT : Orang ramai dilarang memungut, menjual, memakan kerang-kerangan seperti Tiram, Kepah, Lokan, Lala dan lain-lain di perairan Sungai Genting Tumpat, Kelantan bermula Oktober sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Amaran tersebut dikeluarkan Jabatan Perikatan Negeri Kelantan dalam satu kenyataan ekoran penemuan hidupan laut tersebut telah tercemar dengan toksin saraf (Saxitoxin) yang disahkan berbahaya kepada manusia.

Makmal Biosekuriti Perikanan mendapati makanan jenis kerang-kerangan itu telah dicemari oleh toksin saraf daripada alga berbahaya iaitu Alexanderium Minutum.

Justeru, orang ramai diminta agar tidak memungut, menjual dan memakan hidupan laut berkenaan kerana ia boleh mendatangkan mudarat keracunan yang berbahaya untuk kesihatan manusia, kata kenyataan tersebut.

Untuk sebarang keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pejabat Perikanan Negeri Kelantan ditalian 09-7414770/771/772 atau pejabat Perikanan Daerah Tumpat di talian 09-7257995.


............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...