EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Orang ramai kini boleh membesarkan rama-rama di rumah, Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka tawar adopsi kepompong

0 month ago, 23-May-2020

Lokasi tumpuan ramai seperti zoo dan taman-taman haiwan sudah pasti terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, di mana ketiadaan pengunjung tentunya menjejaskan pendapatan mereka.

Misalnya Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka (MBRS). pendapatan utama pusat pemuliharaan berkenaan menerusi penjualan tiket kepada pelawat domestik dan asing telah lenyap ketika PKP.

Instagram | butterflyreptile

Ditubuhkan pada tahun 1991, MBRS adalah taman zoologi swasta yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembiakan lebih dari 100 spesies rama-rama dan serangga serta pelbagai reptilia di Malaysia.

Keadaan ini membuatkan pihak pengurusan MBRS terpaksa melaksanakan langkah-langkah terdesak iaitu dengan menawarkan pembelian secara adopsi terhadap kepompong rama-rama kepada orang ramai dalam usaha untuk menangani krisis ini.

Instagram | butterflyreptile

Langkah ini diperlukan memandangkan semasa PKP, MBRS telah kehilangan sumber pendapatan sehingga mencapai keuntungan sifar dan menghadapi kerugian hingga RM300,000, jelas eksekutif haiwan liar MRBS, Qurratu Ain Rohaminordin.

Tambahnya, beberapa spesies rama-rama telah membiak selama lebih 10 tahun namun harus dibuang dan tidak dibebaskan kerana telah dikultur sepenuhnya di makmal yang mungkin memberi kesan buruk terhadap persekitaran jika dibebaskan.

Bersama-sama bantu kami ketika krisis COVID-19 ini. Kami menyediakan kupu-kupu yang cukup berharga untuk dibeli secara adopsi. Ini adalah satu-satunya cara untuk memastikan rama-rama terus terbang", tulis MBRS di laman rasminya.

Pihak MBRS menawarkan dua set pembelian iaitu satu set berharga RM20 yang mengandungi kepompong rama-rama yang didatangkan bersama bekas balang kaca. Kos itu difahamkan tidak termasuk dengan caj penghantaran ya.

Instagram | butterflyreptile

Set kedua pula berharga RM50 yang mengandungi kepompong rama-rama di dalam balang kaca, lencana butang dan dua tiket kemasukan ke MBRS dan caj penghantaran adalah percuma. Harus diingatkan bahawa penghantaran hanya ke Semenanjung Malaysia sahaja.

Instagram | butterflyreptile

Setiap set dilengkapi dengan panduan mengenai cara untuk menjaga kepompong yang dibeli dan jika ianya dijaga dengan baik maka pembeli dapat menyaksikan sendiri kemunculan rama-rama dalam 3 ke 10 hari sebelum melepaskannya!

Instagram | butterflyreptile

Jika anda lebih berminat kepada serangga dan reptilia lain seperti buaya, penyu dan juga tarantula, secara alternatifnya anda juga boleh melakukan adopsi namun anda tidak boleh membawa mereka pulang.

Melalui program adopsi reptilia dan serangga, pakej ini akan memberikan sijil dan pengakuan di laman web rasmi MBRS serta anda akan diberikan dua tiket kemasukan ke pusat perlindungan berkenaan untuk dikunjungi kelak.

Jika anda berminat, lawati laman web MBRS di sini dan anda juga boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut di talian +06-232 0033 ataupun di aplikasi WhatsApp di nombor +016-363 6537.

 

Orang ramai kini boleh membesarkan rama-rama di rumah, Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka tawar adopsi kepompong Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...