EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Orang besi rayu bantuan pencen

0 month ago, 14-Sep-2020

              

SALAHUDDIN memohon bantuan untuk mendapatkan pencen ilat daripada Perkeso kerana pernah berkhidmat sebagai kakitangan bank ketika era semi-pro (awal 90-an).

 

Salahuddin pasrah masalah jantung bataskan peluang kembali bekerja. Mungkin tidak ramai dalam kalangan peminat bola sepak dewasa ini yang mengenali susuk tubuh insan bernama Salahuddin Che Ros ini.

 

Ketika era kegemilangannya, Salahuddin, 51, pernah menganggotai skuad projek Olimpik Barcelona 1992 atau Barcelona Babes bersama beberapa legenda pemain bola sepak termasuk Azman Adnan, Datuk Ong Kim Swee dan ramai lagi.

 

Pada masa sama, pemain pertahanan yang pernah digelar orang besi itu juga pernah membentuk gandingan mantap bersama Alan Davidson ketika bersama skuad Tok Gajah selepas Barcelona Babes dibubarkan selain menjadi tonggak pertahanan ampuh ketika bersama Pulau Pinang.

 

Bagaimanapun, sejak disahkan menghidapi masalah jantung 10 tahun lalu, pergerakan bapa kepada tiga cahaya mata itu agak terbatas dan keupayaannya untuk bekerja juga semakin terjejas.

 

Meskipun menerima wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM740 untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Salahuddin.

 

Lebih malang, bebanan penyakit yang dihadapinya ketika ini selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berlarutan sehingga hujung tahun ini menyebabkan Salahuddin semakin hilang punca pendapatan.

 

Saya ada memohon bantuan untuk mendapatkan pencen ilat daripada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) kerana pernah berkhidmat sebagai kakitangan bank ketika era semi-pro (awal 90-an).

 

Bagaimanapun, ia gagal kerana alasannya caruman saya tidak cukup 91 bulan seperti yang disyaratkan memandangkan sebelum berhenti (sebagai kakitangan bank), caruman saya hanyalah sekitar 68 bulan.

 

Justeru, saya berhasrat untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) bagi dapatkan surat sokongan sebelum membuat ra-yuan selain berbincang mengenai masalah saya hadapi ketika ini, katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

 

SALAHUDDIN (duduk depan, empat dari kanan) bergambar bersama skuad Olimpik Barcelona 1992 atau dikenali sebagai skuad Barcelona Babes.  hangPCdua malaya


Jelas Salahuddin yang pernah menerima bantuan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), namun terhenti sejak dua tahun lalu, impiannya mendapatkan Sijil Kejurulatihan Lesen C bagi menjana pendapatan keluarganya juga terbantut disebabkan kekangan kesihatan dan kewangan.

 

Mahu merungut pun tidak guna kerana ini semua ketentuan Allah. Tapi, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih boleh bergerak ke sana dan ke mari tanpa menyusahkan sesiapa walaupun berat badan semakin meningkat disebabkan penangan ubat-ubatan yang saya ambil selama ini, katanya.

 

Salahuddin berkata, disebabkan kekangan kewangan juga, dia terlepas beberapa temu janji dengan doktor terutamanya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

 

Apabila kita sudah menerima rawatan, maka perlu dibuat secara berterusan. Tapi, jika duit pun tiada, macam mana saya mahu teruskan? Duit ubat, duit belanja pergi balik, duit makanan suplemen dan sebagainya. Memang saya tidak mampu.

 

Itulah sebabnya saya terpaksa tidur di kaki-kaki lima ketika menunggu untuk mendapatkan rawatan jantung di Kuala Lumpur seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini, katanya.

 

Salahuddin yang kini tinggal bersama kakak keduanya, Siti Rodziah Che Ros yang juga ibu kepada ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid sejak lebih tiga tahun lalu.


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...