EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Operasi kilang perlu dihenti sementara..

0 month ago, 19-Nov-2020

 


GEORGETOWN: Langkah menghentikan sementara operasi beberapa kilang di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di sini, amat perlu bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19, serta mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata penutupan sementara kilang itu perlu dilakukan biarpun memberi impak dan menyebabkan kerugian besar.

"Kita memahami operasi kilang itu akan terganggu selama beberapa hari atau beberapa minggu, berikutan perlu menjalankan proses sanitasi dan sebagainya.

"Tetapi kerajaan negeri berpandangan langkah ini baik kerana jika wabak COVID-19 tidak dapat dikawal dan menjadi lebih teruk, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin dilaksanakan yang akan menyebabkan operasi kilang terjejas lebih teruk," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Kon Yeow mengulas laporan media berhubung sekurang-kurangnya lima kilang di zon perindustrian bebas itu terpaksa ditutup, akibat wabak COVID-19 sekali gus menyebabkan kerugian jutaan ringgit yang turut memberi kesan kepada ekonomi negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya berhubung dengan penggiat industri di zon berkenaan berhubung keperluan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) di kilang masing-masing dan ia diterima baik oleh pengurusan kilang.

"SOP yang perlu diperketat itu bukan sahaja membabitkan kawasan kilang tetapi perlu juga melihat keselamatan pekerja, ketika di asrama serta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Kita berharap langkah yang diambil ini dapat memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19, khususnya membabitkan pekerja kilang," katanya.


BERNAMA



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...