EdisiViral.Com Search Guest Post Login

OnePlus 7T Pro mungkin dilancarkan pada 15 Oktober ini

0 month ago, 13-Aug-2019

Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap tahun OnePlus akan perkenalkan dua model buat telefon pintar mereka. OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro telah dilancarkan pada bulan Mei yang lepas.

Kini OnePlus dilaporkan akan melancarkan OnePlus 7T Pro pula. Mengikut ura-ura, ia mungkin akan dilancarkan pada 15 Oktober ini.

Beberapa hari yang lepas kita sudah diperlihatkan dengan gambar OnePlus 7T Pro yang tertiris di arena web yang dilihat mengekalkan rekaan seperti OnePlus 7 Pro. Skrin penuh tanpa takuk yang melengkung dan susunan tri-kamera yang sama.

Seperti model OnePlus sebelum ini, model dengan hurut ‘T’ biasanya mengekalkan rekaan yang sama tapi dengan spesifikasi yang lebih baik.

Ada yang berpendapat bahawa peranti ini akan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855+ dan beberapa peningkatan pada kamera.

OnePlus 7T Pro mungkin dilancarkan pada 15 Oktober ini TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com