EdisiViral.Com Search Guest Post Login

OnePlus gelar TV pintar mereka dengan nama OnePlus TV

0 month ago, 14-Aug-2019

Melalui forum rasmi OnePlus, telah mengesahkan bahawa OnePlus akan menggunakan nama OnePlus TV buat televisyen pintar pertama mereka yang masih mengekalkan identiti logo rasmi OnePlus dengan penambahan TV disebelahnya.

Jika mengikut laporan sebelum ini, OnePlus TV mungkin akan dilengkapi dengan skrin bersaiz antara 43-inci dan 73-inci yang menggunakan panel OLED dan menjalankan sistem operasi Android seperti TV pintar yang lain.

Ura-ura juga mendapati bahawa OnePlus TV bakal diperkenalkan pada bulan September ini. Namun setakat ini tiada maklumat jelas tentang rekaan, spesifikasi lain dan ciri menarik buat TV ini.

OnePlus gelar TV pintar mereka dengan nama OnePlus TV TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com