EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Obses dengan ayam goreng, gadis tak kisah tunang bagi KFC sebagai hantaran

1 month ago, 11-Jul-2019

Isu perkahwinan dalam kalangan orang muda sejak kebelakangan ini dilihat semakin kerap dikupas oleh warganet. Dari kisah mengenai hantaran tinggi sehingga tips jimat untuk majlis kahwin ataupun tunang, semuanya seakan mudah diperoleh di media sosial.

Namun begitu, menerusi satu perkongsian mengenai majlis tunang seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Masidayu, dia telah meminta tunangnya memberikan sekotak ayam goreng dari restoran makanan segera KFC. Lebih menarik, ayam goreng itu turut diletakkan di atas dulang hantaran.

Pada awalnya, Ayu hanya sekadar memberi idea kerana dia sangat menggemari ayam goreng tersebut. namun begitu, tidaklah begitu berharap kerana faham situasi pada hari pertunangan agak kalut kerana masing-masing sibuk dengan persiapan majlis.

Ayu dan pasangannya yang dikenali sebagai Fakih mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sebelum merancang untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun hadapan.

Menerusi perkongsian tersebut, ramai warganet yang meninggalkan komen diruangan Twitter Ayu. Rata-rata mereka berasa terhibur dengan hantaran yang diberi oleh pihak lelaki itu. Walau bagaimanapun, memberi makanan sebagai hantaran diatas dulang merupakan antara idea yang bijak.

: Ayuyuyuyuuu

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com