EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Nyawa melayang tidur tepi jalan

0 month ago, 11-Oct-2019

LUCKNOW: Empat wanita dan tiga kanak-kanak maut digilis bas ketika tidur di tepi jalan raya di Uttar Pradesh, utara India semalam.

Menurut media tempatan, mangsa hendak melakukan upacara mandi di sungai Ganges pada waktu subuh dan berhenti di lokasi kejadian untuk berehat.

Jurucakap polis, Superintendan Santosh Kumar Singh berkata, pemandu bas melarikan diri dan polis kini mencarinya.

Cuaca masih gelap ketika mangsa dan ramai penganut Hindu lain tiba di tempat upacara.

Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk tidur di tepi jalan sehingga matahari terbit, katanya kepada AFP.

Menurut Singh, kira-kira jam 4 pagi, sebuah bas membawa penumpang menuju ke arah tempat upacara dan pemandu dipercayai tidak menyedari ada orang tidur di tepi jalan raya.

Ketika membelok di selekoh, bas itu menggilis wanita dan kanak-kanak terbabit yang berada terlalu dekat dengan jalan raya, katanya. - AFP


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...