EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Norman sertai BERSATU

0 month ago, 10-Jul-2019

"SAYA reda jika dikritik dan penyertaan ini bagi membantu membangunkan anak bangsa," kata penerbit terkenal, Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang mengesahkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini.

Norman berkata, borang penyertaan itu dihantar kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di Putrajaya, semalam.

"Alhamdulillah, saya diterima sebagai ahli ERSATU Bahagian Putrajaya pada hari ini. Penyertaan bertujuan menyambut seruan Perdana Menteri supaya orang Melayu bersatu dalam satu parti yang menjadi wadah kejayaan negara," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norman yang sebelum ini ahli UMNO berkata, beliau bukanlah orang penting dalam politik dan tidak pernah berhasrat memegang sebarang jawatan dalam parti pembangkang.

"Hasrat yang sama terulang apabila penyertaan saya sah bersama BERSATU, hari ini. Saya merasakan penting menyertai BERSATU bagi menyumbang tenaga untuk membangunkan negara dan anak bangsa," katanya.

Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya dikritik mana-mana pihak dalam penyertaan parti baru itu.

"Semua pendapat dan cara masing-masing untuk menterjemahkan perjuangan kita yang cintakan negara. Ada yang memilih bersama parti pemerintah dan ada juga mahu bersama parti lawan atau bebas.

"Saya mempunyai corak tersendiri dan yakin apa yang ingin dilakukan dapat membantu rakyat serta mencapai aspirasi kerajaan," katanya.

Katanya, industri kreatif mampu menjadi penyumbang ekonomi negara dan besar harapan penyertaan itu membantu belia serta keusahawanan dan pendidikan berkaitan industri kreatif.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com