EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Nintendo Switch Lite Lebih ringan dan lebih murah

0 month ago, 10-Jul-2019

Ura-ura sebelum ini mengenai Nintendo membangunkan jenis Switch yang terbaru akhirnya tepat apabila hari ini Nintendo telah mengumumkan Nintendo Switch Lite yang hadir dengan jenis konsol yang sedikit berlainan.

Merujuk pada rekaan Switch Lite, ia mempunyai rekaan yang lebih kompak, beberapa ciri yang telah dihadkan dan tawaran harga yang lebih rendah, amat sesuai dengan nama ‘Lite’.

Apa beza Switch Lite ni dengan yang lain?

Switch Lite hanya memfokuskan terhadap permainan mudah alih yang bermaksud hanya konsol semata dan tidak boleh dibuka atau mendapat sokongan sambungan TV seperti Switch lain yang bersifat Hybrid.

Pada bahagian spesifikasi, Switch Lite mempunyai paparan skrin sebesar 5.5-inci dengan resolusi 720 piksel, storan memori 32GB, bicu audio 3.5mm, mempunyai sokongan kad microSD, sambungan NFC dan kabel pengecasan jenis USB-C.

Tambahan lagi menurut Nintendo, Switch Lite mempunyai ketahanan bateri dalam lingkungan 3 ke 7 jam penggunaan kerana ia menggunakan cip pemproses yang lebih efisyen untuk ketahanan bateri lebih baik.

Nintendo menawarkan Switch Lite dengan harga $199 buat pasaran AS. Jika mengikut tukaran wang asing semasa, berharga RM823 dan mempunyai 3 pilihan warna iaitu Kuning, Kelabu dan Turquoise.

Nintendo Switch Lite Lebih ringan dan lebih murah TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com