EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Nilai Kebolehjangkitan Papar Penurunan Kadar Penularan Dalam Rakyat Negara Semakin Terkawal

0 month ago, 08-Jun-2021

Data 7 Jun negara menunjukkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mulai menurun di bawah 1.0.

Berdasarkan perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, nilai Rt itu kini mencatatkan di paras 0.97.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 hb Jun 2021 untuk seluruh negara adalah 0.97.. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/fKxALV1HlE

Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 7, 2021

Sementara itu, bagi data pecahan Rt mengikut negeri pula beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan memaparkan kadar di bawah 1.0. Antaranya adalah Perlis, Putrajaya, Kedah, Pahang, dan Perak.

Menerusi pengamatan graf keluk penularan, setakat 7 Jun Malaysia telah menunjukkan sedikit penurunan catatan angka kes harian positif.

Untuk makluman, menerusi penurunan nilai kebolehjangkitan ini ia secara langsung memaparkan kadar tempoh dan penularan pandemik negara semakin terkawal.

Orang awam diminta untuk terus mematuhi garis panduan dan mengamalkan pemakaian pelitup muka, jaga penjarakan fizikal, kebersihan diri dan hindari kesesakan tempat awam.

Usaha ini tidak hanya membantu sistem kesihatan negara, bahkan menurunkan nilai kebolehjangkitan pandemik di Malaysia.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...