EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Nilai ambang kondominium pemilikan asing diturunkan

0 month ago, 11-Oct-2019



Kerajaan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600 ribu pada tahun 2020 untuk pemilikan asing.

Ia bagi mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual yang dianggarkan berjumlah RM8.3 bilion pada suku kedua tahun 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kerajaan akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki (Rent To Own RTO).

Melalui skim ini, pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM3 bilion. Skim RTO ini adalah untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.


Di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun dan selepas setahun, diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan ditandatangani.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan juga akan memberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas instrumen pindah milik di antara pemaju dan institusi kewangan serta di antara institusi kewangan dan bakal pembeli.

Manakala bagi membantu belia untuk memiliki rumah pertama, kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Skim ini juga menawarkan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama terhad kepada 10,000 unit rumah.

Kerajaan akan menambah baik layanan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) tersebut dengan menetapkan nilai pasaran pada 1 Januari 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah bagi harta tanah yang diperolehi sebelum 1 Januari 2013 berbanding 1 Januari 2000 yang ditetapkan sebelum ini.

Penambahbaikan itu sebagai respon kepada pandangan rakyat berhubung CKHT yang dikenakan ke atas pelupusan harta tanah oleh individu warga negara dan pemastautin tetap selepas tempoh lima tahun, MalaysiaGazette

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...