EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Aku nikah kali kedua tanpa izin istri pertama tapi semasa bersanding dia datang untuk tengok dengan mata sendiri

0 month ago, 19-Nov-2020

#Foto sekadar hiasan. JANGAN DIHINA ISTERI KEDUA SEBAGAI PERAMP4S.

Kisah ini aku lalui sendiri. Ya, aku sebelum ini ada dua isteri.

Isteri pertama berpelajaran tinggi dan berjawatan besar, dan isteri kedua lepasan SPM sahaja serta anak yatim sejak usia 16 tahun.

Memang aku nikah kedua tanpa izin isteri pertama Tapi aku nikah kali kedua dengan terhormat.

Bukan kahwin seberang atau tanpa persetujuan keluarga isteri kedua.

Malah, waktu aku bersanding, isteri pertama hadir dan tengok mata sendiri untuk puaskan hatinya.

Alhamdulillah isteri isteri memberi zuriat, dua lelaki dan dua perempuan.

Hubungan memang tidak baik antara mereka, aku akur dan hormat kekerasan hati isteri pertama.

Masa berlalu, dan ujian Allah terbukti apabila bisnes perniagaan mulai merosot dan dibeban hutang.

Kesilapan sendiri dengan alpa serta lalai dalam kemewahan dan lupa Allah.

Sehingga tahap aku tak mampu membayar ansuran rumah atau bermewah seperti biasa.

Anak anak masih menjadi keutamaan dan apa yang termampu aku sediakan, aku sediakan untuk kedua dua isteri dan anak aku.

Sampai satu tahap, dah tak mampu sangat sehingga perniagaan tutup terp4ksa ditutup.

Aku tidak bekerja dan sekadar niaga cukup makan. Lepas untuk belanja dapur dan bayar rumah sewa.

Memang susah, sehingga keluarga malu sebab penuntut hutang datang ke rumah mencari aku.

Malah, ke tahap mengganggu isteri dan anak anak.

Maka, di sini la aku lihat ujian Allah yang Maha Besar. Seorang isteri diuji apabila lelaki tidak punyai apa.

Isteri pertama mula layan acuh tak acuh. Hubungan sekadar ada duit baru boleh, tak ade duit tak boleh dan aku mula tawar hati.

Maka, isteri pertama menuntut cerai dalam aku tertekan mencari dahan untuk berpaut naik ke atas semula.

Apakan daya, malah ibu sendiri menyokong perkara yang diminta oleh isteri pertama.

Paling jengkeI, isteri pertama meIarang abang bermain dengan kakak, dih1na kakak sebab anak peramp4s.

H1na yang diIempar macam h1na aku, memang aku pada masa tu betul betul rasa h1na tapi aku pujuk diri, Allah Maha Besar dan Pengampun.

Aku percaya suatu hari Allah akan beri jalan terbaik.

Lagi h1na bila di mahkamah, aku langsung tidak dipandang apa pun kebaikan dan aku senyum tanda kecewa dengan apa yang berlaku.

Maka bercerailah aku dengan isteri pertama.

Aku keluar rumah sehelai sepinggang tanpa apa apa aku bawa selain kain baju demi keselesaan anak anak kelak.

Aku redha dan berg4ntung pada isteri kedua selepas itu.

Isteri kedua, Alhamdulillah walau dih1na oleh ibu ku sendiri dan bekas isteri sebagai peramp4s dan tidak berpelajaran, dialah yang susah payah berhujan panas dengan aku mencari rezeki.

Kami sama sama susah, sehingga tidur di RNR setiap malam sebab tiada tempat tinggal.

Mandi dan solat di RNR. Kami susah tidak meminta minta dan tidak siapa yang tahu.

Isteri kedua dengan senyap jual cincin, gelang dan rantai untuk aku dan anak anak duduk rumah sewa.

Malah, sebahagaian wang isteri kedua suruh beri kepada anak anak dengan isteri pertama untuk lepaskan bayar yuran sekolah dan keperluan anak masuk sekolah dulu.

Dia tahu bekas isteri melaIak minta duit, dia seakan faham dan reIa hati membantu aku sebab anak bersama isteri kedua masih belum sekolah dan sekadar tabika sahaja.

Masa itu, hanya Allah yang tahu betapa mulia isteri kedua yang masyarakat h1na sebagai peramp4s pemusn4h rumahtangga.

Sanggup abaikan anak sendiri, Kakak tak masuk tabika demi abang abang dia.

Ya Allah, aku betul rasa hiba dengan peng0rbanan isteri kedua aku.

Dan kini, isteri kedua juga yang masak dan makan bersama anak bekas isteri pertama.

Serta mengajar mengaji dan solat bersama bila aku ambik abang abang bermalam di rumah kecilku.

Anak anak bermain bersama dan seronok bebas main tanpa sekatan kerana hubungan dar4h mereka adalah adik beradik kandung sebapa.

Tak kisah la bekas isteri pertama bagi ke tidak, aku dah tak amik pusing apa dia nak cakap.

Hati aku dah tak ade rasa apa pada bekas isteri lagi. Sekadar tegur gitu je bila ambil anak, pastu bIa je.

Aku syukur kini dengan rezeki yang ada, aku mampu beli semula rantai emas untuk isteriku sebagai ulang tahun ke-8 perkahwinan kami.

Setelah 2 tahun hidup dalam kesusahan payah hidup membesarkan anak anak.

Jadi, aku merayu kaum wanita, bukan semua isteri kedua peramp4s atau pemusn4h kebahagian.

Aku dah lalui dan aku amat sayangkan isteriku walau orang h1na dia. Dia tetap senyum dan berkata, syurga mummy pada Abi dan keredhaan Abi utk mummy.

Mummy bukan orang berpelajaran atau kaya, tapi mummy cuba terbaik untuk Abi dan semua anak Abi dan mummy..

Semoga kisah saya menjadi panduan untuk semua, bukan status siapa isteri pertama kedua ketiga keempat lebih utama tapi siapa yang bertahan untuk bersama susah senang.

Bukan hanya meminta tapi apa yang kita sanggup beri dengan hati ikhlas demi rumahtangga. Sekian, tq admin.

Komen Warganet :

Norhannie Hannie :Alhamdulillah semoga saud4ra kekal hingga ke syurga.

Biar la apa pun pandangan orang luar sebab mulut manusia boleh berkata apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka.

Hanya Allah yang maha mengetahui. Semoga berkekalan hingga ke jannah Aamiinn..

Liza Hisyam :Ramai orang tak dapat terima kenyataan bila terp4ksa hidup bermadu tapi kalau kita fikir balik apa yang terjadi ada hikmahnya.

Orang yang hadapi je yang faham keadaan macam tuan.

Semoga kebahagiaan tuan sekarang bersamanya kekal hingga ke jannah. Aamiin..

Salina Harris Sameon :Waktu perkahwinan yang pertama, isteri pertama tu tak berk0rban ape saje ke?

Tak hidup susah senang bersama ke? Itu ujian isteri pertama. Ujian awak, awak dah senang, awak boleh plak nak kahwin dua.

Ujian bagi isteri kedua, dia lulus macam isteri pertama mula mula kahwin dengan awak dulu, susah senang bersama suami.

Tapi tetap nak jadi perempuan yang sondoI suami orang lain. Tak payah nak backup dan burukkan isteri pertama sangat.

Cube ko kahwin lagi satu plak. Agak agak isteri sekarang ni nak lagi ke kat ko?

Jangan nak memb0ngak dan mengata bekas isteri. Ko yang buta dulu.

Eugenie Henry :Kau apa tahu, dah kahwin 2 memanglah sedap. Isteri pertama halalkan tapi dalam hati siapa tahu.

Kalau dia cukup jahat dari awal lagi dia har4mkan saja hubungan kamu dengan isteri kedua.

Perempuan kalau hati dah betul betul keras dia mencari masa je tu untuk baIas semula.

Bersyukur saja la kamu tu sekarang ada bini kedua nak jaga makan minum.

Memang dia patut buat pun sebab dah dikira meramp4s suami orang juga tu.

Had4mlah dalam dalam dengan apa yang dah terjadi ya.

Waktu kau diuji dengan kesenangan, kau lupa dengan isteri pertama dan kahwin dengan isteri kedua

Noorhidayawati An :Semoga dipermudahkan rezeki, jalankan tanggungjawab dengan baik kepada anak anak dan isteri yang ada.

Kesilapan lepas jangan diulang. Banyakkan berserahkan dan bertaubat kepada Allah.

Kadang kadang Allah nak tunjuk, siapa yang lebih dekat dengan kita saat kita susah. Siapa yang hatinya redha dan sabar dengan ujian Allah

Anggun Iz :Jangan mudah salahkan yang pertama.. Suamikan ketua rumahtangga..

Kegagalan itu sebab awak yang gagal didik diri dan isteri.. Suami yang salah tapi jatuhkan hukvman pada isteri pulak..

Duduk muhasabah diri dan akui silap tu bukan tuding jari macam ni.. Isteri tak jadi begitu jika suami tu tahu menghargai dan tak tamak untuk bahagia sendiri..

Sebelum kahwin dengan isteri kedua, kan awak dah lalui susah senang dengan yang pertama..

Awak jadi lelaki sebab isteri pertama yang ajar awk jadi bapa untuk anak yang dilahirkan dari kasih sayang awak juga kann..

Kenapa bila ada yang kedua awk boleh kata isteri pertama tu tak baik??

Yang tak berperangai elok tu suami tu sendiri..

Yang jadi kedua kenalah berhemah dan berbaik baik dengan yang pertama..

Jangan cari alasan untuk bagi alasan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!



SUMBER : budaksitu.pw



Live Website Traffic


loading...