EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ngeri, Orang Yang Berjalan Lambat Berkemungkinan Untuk Mati Cepat!

0 month ago, 13-Aug-2019

Tahukah anda bahawa berjalan selama 30 minit sehari merupakan hari terbaik bagi mengekalkan tahap kesihatan anda. Malah tahukah anda bahawa dengan meluangkan masa untuk berjalan dengan lebih lama mampu membantu membuatkan anda dapat hidup lebih lama?

Ya, kajian telah membuktikan bahawa meluangkan masa untuk berjalan dalam tempo yang pantas dapat memanjangkan jangka hayat manusia. Sebuah kajian yang telah disiarkan di dalam journal Mayo Clinic Proceedings berkongsi bagaimana tubuh yang cergas mempunyai kaitan dengan jangka hayat seseorang dan bagaimana tahap kesihatan secara keseluruhan dibandingkan diantara BMI atau body mass index memiliki kaitan.

Foto active.com

Seramai 475,000 yang memasuki acara lumba lari selama tujuh tahun berturut-turut dan para pengkaji telah merekodkan tempo kelajuan individu berjalan beserta tahap BMI yang menyertai acara lumba lari tersebut. Sepanjang tempoh tujuh tahun tersebut terdapat 12,800 kematian ditemui.

Image result for brisk walking giphy

Keputusan menunjukan BMI individu yang yang berjalan dengan laju berkemampuan mengurangkan waktu kematian mereka.

Kajian menunjukan wanita yang berjalan pantas dapat memanjangkan jangka hayat mereka sehingga 88 tahun. Manakala lelaki yang berjalan pantas dapat memanjangkan jangka hayat mereka sehingga 87 tahun!

Berbanding dengan wanita yang berjalan dengan lambat memiliki jangka hayat diantara 72 tahun sehingga 85 lahun. Manakala bagi lelaki yang berjalan dengan lambat pula memiliki jangka hayat diantara 65 tahun sehingga 81 tahun.

Image result for brisk walking giphy

Untuk makluman semua, mereka yang berjalan dengan laju ini memiliki jangka hayat yang panjang. Oleh itu lebih laju anda berjalan lebih lama dan panjang jangka hayat anda.

Tahukah anda wanita yang berjalan dengan laju lebih dari 4mph (6.4 km/h) mampu menikmati jangka hayat selama 15 tahun berbanding dengan individu yang berjalan lambat kurang daripada 3mph (4.8 km/h). Manakala bagi lelaki pula mereka mampu menikmati jangka hayat lebih kurang selama 20 tahun!

Jadi jom bermula pada hari ini kita mula lakukan aktiviti berjalan dengan laju agar dapat memanjangkan jangka hayat diri disamping dapat mengekalkan bentuk tubuh fizikal yang ideal serta dapat mengekalkan tahap kesihatan secara keseluruhannya!

BACA Brown Sugar Milk Tea, Minuman Yang Tidak Menyihatkan?

SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com