EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Netizen Persoal Neelofa Lancar Selipar Muslim Friendly

0 month ago, 07-Apr-2021

Sejak kebelakangan ini ada sahaja isu panas hangat diperkatakan mengenai selebriti popular Neelofa. Belum reda isu rentas negeri di Langkawi, ada pula topik baru menjadi bualan netizen.

Baru-baru ini, Neelofa merasmikan satu kolaborasi baru di antara aplikasi islamik miliknya The Noor bersama satu jenama kasut terkenal. Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram, kasut berkenaan kelihatan seperti slip on getah.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah ciri selipar itu dikatakan muslim-friendly ataupun mesra Muslim.

Selipar pun ada muslim friendly ke? Selipar ni tegur ke kalau sarung kaki kiri dulu? "Astaga tuan, sarung kanan dulu!jgn lupa baca doa masuk tandas..langkah kiri ye masuk tandas..assalamualaikum tuan" pic.twitter.com/QmaZZigvgt

MeMeow (@FiqhTabayyun) April 7, 2021

Seperti sudah dijangka, ramai netizen mempersoalkan perkara itu yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan selipar itu mesra Muslim.

SUMBER: Twitter



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...