EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Netizen Puji Lana Nordin Sediakan Ustazah Datang Ke Rumah Untuk Ajar Anak Dan Suami Tentang Agama

0 month ago, 21-Nov-2020

PETALING JAYA Tindakan pelakon, Lana Nodin membimbing suaminya, Mohd. Daud McKienzie, 41, dan anak-anaknya mendalami ilmu agama mendapat pujian peminat.

Pelakon filem Gol & Gincu itu sebelum ini memuat naik video menerusi laman Instagramnya yang memaparkan suami dan anak sulungnya, Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan seorang ustazah di rumah selebriti tersebut.

Menerusi video itu, Mohd. Daud yang merupakan mualaf diajar mengenai cara-cara untuk mendirikan solat bermula dengan mengambil wuduk selain memperbetulkan bacaan dalam solat.

Bangga untuk memberitahu inilah keluarga saya, ujar Lana menerusi status pada video berkenaan.

Gambar suami dan anak yang dimuat naik Lana Nodin di Instagramnya baru-baru ini.

Lana turut memberitahu, dia berasa bersyukur dan berbangga kerana mempunyai keluarga yang bahagia.

Rata-rata komen yang ditinggalkan pengikutnya di Instagram turut melahirkan rasa gembira kerana pelakon tersebut membimbing suaminya mendalami Islam.

Alhamdulillah semoga Allah S.W.T memberikan hidayah tanpa henti kepada puan sekeluarga, Insya-Allah, kata seorang pengguna laman sosial.

David Mckienzie memeluk Islam lima tahun lalu. Pasangan itu bernikah pada 2015.

kredit kosmo



SUMBER : karteldakwah.com



Live Website Traffic


loading...