EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Netizen label influencer pemalas, pampers kotor merata dalam rumah

0 month ago, 11-Jun-2021

Rutin harian sebagai seorang ibu memang mencabar fizikal dan emosi, apatah lagi sekiranya sibuk dengan pelbagai urusan lain dalam waktu yang sama.

Bagaimanapun, bebanan tersebut tidak sepatutnya menjadi alasan sehingga kediaman mereka ibarat tongkang pecah gara-gara tidak mempunyai masa untuk mengemas rumah.

Baru-baru ini, seorang influencer wanita dikecam netizen apabila berkongsi sebuah video reelsdi Instagram memaparkan persekitaran di dalam rumahnya dimana kerap ada lampin pakai buang yang sudah digunakan.

Orang yang ada baby kecik mmg mostly macam ni ka pic.twitter.com/yjFL7geQwK

??????????BulanBangga?????????? #campurLGBT (@meinmokhtar) June 10, 2021

Jika dilihat, wanita yang didakwa netizen sebagai bekas pembantu peribadi usahawan popular Vivy Yusof itu merakam pampers terpakai di beberapa sudut seperti di atas lantai, sofa, kereta mainan anaknya dan merata lagi.

Video berdurasi 19 saat dimuat naik semula oleh pengguna Twitter @meinmokhtar itu sekali gus mengundang perhatian warganet bagi memberikan komen.

Rata-rata berasa loya dan jijik selepas melihat persekitaran rumah berkenaan selain menyifatkan wanita tersebut sebagai pengotor.

Geli sial Iman Azman ni buat reels diapers anak kotor merata-rata

And the fact that she thinks its ?perfectly normal?

?? ???? ???????? (@yeolahv) June 9, 2021

Hmm mungkin rakam untuk content semata-mata bagi kelihatan seperti ibu terpaling sibuk? Takkan la kotor sampai tahap macam tu sekali kan!

: Twitter @meinmokhtar



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...