EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Netizen Ketawa Wartawan US Claim Air Bungkus Ikat Tepi Dari Amerika Latin

0 month ago, 04-Nov-2019

Sebut saja air bungkus ikat tepi pasti ramai tahu ianya sangat sinonim dengan negara Asia termasuklah Malaysia. Kalau diikutkan, air bungkus ikat tepi ini sangat memudahkan dan boleh dibawa kemana sahaja.

Di Malaysia, kita dapat lihat di mana-mana sahaja ada peniaga menjual air di tepi-tepi jalan dan membungkus air minuman dengan cara tersebut.

BACA: Ikat Tepi Kena Bayar 30 Sen? Ini Jawapan Tuan Kedai

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di Twitter perkongsian seorang netizen bernama Mike Elgan yang juga merupakan seorang wartawan dari California memuat naik gambar air bungkus ikat tepi.

ikat tepi or ikat smua?hahahakita dh lama laa ????laksa pon boh dlm plastik hahah

hafiz izham (@dr_D8) November 3, 2019

Apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen gambar tersebut dimana Mike mengatakan air bungkus seperti itu hanya boleh didapati di sesetengah negara di Amerika Latin.

Seperti sudah dijangka, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dari Asia yang ketawa dengan kapsyen Mike itu. Seorang netizen mengatakan air bungkus ikat tepi sudah lama popular di negara Asia.

They need to learn ikat tepi,pegang macam tu boleh buat naya

aliaizuddin (@AliAizuddin) November 3, 2019

Kata netizen lagi, bukan air sahaja dibungkus dengan cara sebegitu malah ada beberapa hidangan makanan turut dibungkus dengan cara sedemikian.

Dalam pada itu, ada netizen dari Malaysia menjemput wartawan itu datang ke Malaysia untuk tunjukkan pelbagai hidangan yang dibungkus di dalam plastik seperti itu dan ianya perkara biasa di negara Asia.

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?


SUMBER : vitdaily.com



Live Website Traffic


loading...