www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Nenek Sharifah Sakinah Meninggal Dunia, Tutup IG Buat Seketika

5 month ago, 10-Nov-2018


Please follow and like us:

0

Pelakon Sharifah Sakinah berkongsi rasa pilu apabila kehilangan neneknya tercinta malam tadi.

Menurut perkongsian di Instagramnya, nenek Sakinah, Sharifah Zainab Syed Ali Al Hadad meninggal dunia ketika tidur.

Al-fatihah buat Sharifah Zainab Syed Ali Al Hadad, nenek saya tercinta yang telah meninggal dunia ketika tidur malam tadi.

You will be missed Tok.

Profil IG saya akan ditutup buat sementara sepanjang tempoh berkabung, tulisnya di Instagram pagi tadi (Jumaat).

Peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan keluarga pelakon itu.

Semoga roh nenek Sakinah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin Al-fatihah.

: Gempak

Gempak mendapat kiriman sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan dua orang pelakon, Scha Alyahya dan Sharifah Sakinah yang sedang bertegang urat.

Menerusi butir dialog yang terdapat dalam video terbabit, kejadian itu berlaku di sebuah pertunjukan fesyen.

Berlaku sedikit pertengkaran antara Scha dan Sakinah, video itu turut menampakkan kelibat aktor Ben Amir dan aktres Sweet Qismina.

Ben cuba menjadi orang tengah antara Sakinah dan Scha yang sedang hangat berbalah.

Manakala Sweet pula menenangkan Sakinah yang cuba menyerang Scha.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Melihatkan kepada kemas kini Instagram semua pelakon terbabit, mereka tidak berkongsi mengenai perbalahan yang terjadi.

Mereka juga belum lagi mengeluarkan sebarang komen mengenai video tersebut Gempak akan cuba merungkai apa sebenarnya yang terjadi, sama-sama kita nantikan!

: Gempak.




SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts