EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jual Negeri : Pembangkang Menggelupur Kena Sindir Di Dewan Rakyat

23 month ago, 27-Oct-2017

KUALA LUMPUR, 27 Oktober Parti pembangkang di Dewan Rakyat hari ini seperti menggelupur dan kepanasan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempat mencuit dan menyindir mereka berhubung tuduhan mereka selama ini bahawa kerajaan Barisan Nasional menjual negara apabila menarik pelaburan besar terutama dari negara China.

Sambil melontarkan persoalan Najib menasihatkan pembangkang secara sinis agar mereka jangan meludah ke langit yang akhirnya terkena pada muka sendiri.

“Baru-baru ini saya dapat khabar berita katanya Menteri Besar Selangor sendiri pergi ke tanah besar China.

Kita nak tanya, YB Gombak nak jual Selangor ke?” kata Najib ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen hari ini.

Sindiran Najib bukan sahaja terkena pada Datuk Seri Azmin Ali malah tempiasnya juga turut terkena pada Lim Guan Eng.

“Demikianlah kata orang, Berhati-hatilah kalau mahu meludah ke langit, takut-takut nanti, ia jatuh setepek, terpalit ke muka sendiri.

Itu belum lagi dikira lawatan ke luar negara yg dibuat YAB KetuaMenteri Pulau Pinang. Itupun kira mcm mana, nak jual negeri juga ke? soal perdana menteri.

Azmin mengadakan misi perdagangan ke China bulan lalu, manakala Lim juga berbuat demikian pada tahun lalu.

Sebelum itu, Najib menekankan bagaimana Malaysia berjaya meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan negara-negara seperti China, Amerika Syarikat, dan Arab Saudi.

Beliau berkata hasil usaha itu, pelaburan swasta di Malaysia telah melonjak daripada RM81 bilion pada tahun 2009, kepada lebih RM211 bilion pada 2016 sahaja.

“Oleh sebab itu, seandainya saya dan rakan-rakan anggota kabinet mengadakan lawatan rasmi ke luar negara, janganlah sewenang-wenangnya sesiapa pun menuduh bahawa, kita hendak menggadaikan kedaulatan tanah air. ” katanya.


SUMBER : umno-online.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com