EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lima negara akan ambil tindakan terhadap Iran

5 month ago, 13-Jan-2020

LIMA negara yang rakyatnya terkorban dalam nahas kapal terbang di Iran minggu lalu akan membuat satu perjumpaan di London Khamis ini bagi membincangkan tindakan undang-undang sewajarnya.

Menteri Luar Ukraine, Vadym Prystaiko ditemui dalam lawatan rasminya ke sini berkata, negara-negara berkenaan juga akan membincangkan mengenai pampasan dan siasatan insiden berkenaan.

Terdahulu, semua 176 penumpang dan anak kapal terkorban selepas pesawat Ukraine International Airlines terhempas di Lapangan terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran, Iran.

Media melaporkan penumpang pesawat berkenaan terdiri daripada warganegara Iran, Kanada, Ukraine, Sweden, Afghanistan, Jerman dan United Kingdom.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 10:44 PM


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...