EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Neeta Buat Laporan Polis Selepas Tular Video Dirinya Salah Parking?

0 month ago, 08-Jun-2021

Penyanyi dan pengacara, Neeta Manis dan syarikat rakamannya iaitu Nar Records Sdn. Bhd membuat laporan polis berhubung satu video TikTok yang dikatakan menjatuhkan maruah dirinya. Apa kes ni?

Video yang tular itu mendakwa Neeta sedang membetulkan pakaiannya ketika rakaman program All Together Now Malaysia baru-baru ini dengan ayat bertulis salah parking.

Advertisement

Video berkenaan dianggap telah menjatuhkan maruah Neeta sebagai seorang wanita dan itulah sebab mereka membuat laporan polis.

Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti serta maruah Neeta sebagai wanita.

Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat dipastikan kerana usaha untuk menghubunginya gagal dan tiada sebarang maklum balas diberikan sehingga kini.

Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ini kecil tetapi pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut kerana telah mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh badan serta diri Neeta sendiri.

Kan dah jadi satu hal! Kalau rasa benda tu mengaibkan, janganlah sesekali pergi sebarkan.

Neeta Buat Laporan Polis Selepas Tular Video Dirinya Salah Parking? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...