EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Neelofa Sumbang 15 Buah Katil Untuk Kegunaan Pesakit Covid-19 Di Hospital Melaka

0 month ago, 11-Jun-2021

Usahawan dan pengacara popular, Noor Neelofa telah menyumbang sebanyak 15 buah katil untuk kegunaan Hospital Melaka.

Menerusi satu perkongsian individu iaitu @abdulrahmanabdulkadir1 di TikTok, katil-katil berkenaan adalah untuk kegunaan pesakit Covid di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Bagi mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Neelofa di atas sumbangan 15 buah untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Zon Dekon Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.

Semoga Allah SWT menerima amal baik puan ini dan kami doakan sebaik-baiknya untuk puan sekeluarga. Amin, ujarnya yang merupakan seorang doktor.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Aznil Hisham, difahamkan pihak hospital meminta 10 buah katll sahaja pada awalnya. Namun, apa yang memeranjatkan, mereka menerima 15 buah katil.

2 minggu lepas, DARK bagi tau bahawa hospital beliau kekurangan katil. Pesakit-pesakit covid terpaksa duduk dilantai. Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yg bernilai RM 6 000 sebuah.

Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil. Berikut adalah ucapan terima kasih DARK kepada insan yang bermurah hati ini. Hanya Allah sahaja membalas kebaikkan puan, ujarnya.

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...