EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Kata Kata Neelofa Selepas PKP Diumumkan Oleh Perdana Menteri Semalam

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

PETALING JAYA Selebriti terkenal, Neelofa menitipkan kata-kata semangat buat rakyat Malaysia yang terkesan dengan perlaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) berikutan peningkatan penularan tidak terkawal kes Covid-19.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, mendoakan agar rezeki orang ramai dilapangkan pada waktu yang amat mencabar sekarang ini.

Buat yang terkesan dengan PKP seperti usahawan dan freelancers (bekerja sendiri), semoga Allah SWT sentiasa lapangkan rezeki kalian dari pelbagai sudut.

Buat yang masih mempunyai kerja dan bekerja secara WFH (bekerja dari rumah), kerjalah dengan penuh ikhlas dan bersyukurlah masih ada rezeki bekerjaya, ciap Neelofa melalui Twitter.

Dalam pada itu, Neelofa turut bersoloroh melalui satu ciapan yang berbunyi: know know 2022 already (Tahu-tahu sudah 2022) kerana tidak dapat menjangka apa yang berlaku pada tahun 2021.

Setakat pukul 4 petang tadi, ciapan itu mendapat hampir 20,000 retweet (ulang kicau) dan hampir 30,000 ribu tanda suka.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini hingga 26 Januari depan.

:Kosmo Online

Ismail Sabri beri peluang pada yang hendak rentas negeri dan ini tarikh terakhir untuk semua walaupun esok PKP bermula

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi tempoh kepada orang ramai yang berada di kampung halaman, supaya pulang segera ke rumah mereka selewat-lewatnya Jumaat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu diberikan selepas berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, kelonggaran turut diberikan kepada mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres namun, perjalanan selepas Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok.

Kelonggaran hanya akan diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu (kerana) ada yang saya difahamkan, melawat keluarga yang saklt di h0spital dan akan pulang dua hari lagi, iaitu Khamis misalnya.

Maka saya sudah bincang dengan PDRM, kess tertentu seperti ini dibenarkan (rentas negeri).

Jadi jangan bimbang kalau mereka terperangkap di kampung seperti dulu, masa PKP dulu sehingga kita terpaksa buat pr0gram khas untuk benarkan yang terpe.rangkap balik, cuma, yang mana ada di kampung dan belum pulang saya harap pulang segera paling lewat pun Jumaat ini, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Kese.lamatan Negara (MKN) mengenai PKP di sini, hari ini.

Ismail Sabri berharap tiada rakyat yang terpe.rangkap di kampung selama dua minggu ketika tempoh PKP 2.0 dilaksana, selepas kelonggaran itu diberikan.

Reaksi Orang Ramai

Yang cakap baik tak payah buat pkp nih mesti baca kulit depan ajee. tak baca isi dalam. Baca lah bagi habis fahamkan, lepas tuh jangan h.entam. buat pkp salah, tak buat pkp salah dah bagi kelonggaran lagi lahhh kena h entam.

Ramai ank2 balik kg pasca banjir ni Tlg mak ayh tua mengemas rumah Alhamdulillah ada kelonggaran.

Orang dah ramai rasanya balik kampung berbanding balik ke negeri bekerja.. PKP ke tak PKP ke sama je rasa.. Tiada beza cuma hujung tu tambah huruf P atau B je dah tu macam semua sekt0r dibuka seperti biasa.

: HarianMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN:Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Ini Kata Kata Neelofa Selepas PKP Diumumkan Oleh Perdana Menteri Semalam Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...