EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Neelofa lancar produk baru, tapi tagline dia buat ramai tak senang duduk

0 month ago, 07-Apr-2021

Belum habis reda kontr0versi Langkawi, sekali lagi selebriti Neelofa menggemparkan media sosial dengan mengeluarkan selipar mesra muslim.

Berkolobrasi bersama jenama selipar antarabangsa, pengantin baru tersebut dilihat selesa apabila memperkenalkan produk selipar yang seolah-olah mempunyai kaitan dengan agama.

Dengan rekaan yang didakwa anti licin, selipar tersebut sangat sesuai digunakan oleh umat Islam. Hal inilah yang membuatkan netizen berasa marah. Sudahlah membawa imej muslim, produk pun mahu tunggang agama?

Foto : IG Story

Lalu, berbondong-bondong komen yang mengkritik dan juga meny1ndir Neelofa.

Terdahulu, netizen juga mengkritik aksi suaminya, PU Riz bersugi di dalam kereta lalu dikongsikan di media sosial. Persoalannya, mengapa perlu berkongsi dengan orang ramai? Kan dah jadi umpatan.

Foto : IG Story

Tetapi kritiklah macam mana sekalipun, ramai peminat tegar yang akan membeli produk mereka. Jadi, bila nak habis cerita macam ni?

Peminat Berpaling Tadah Nak Boik0t Neelofa Sebab Angkuh?

Netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Neelofa berhubung isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Mereka menyifatkan kenyataan Neelofa kedengaran an.gkuh hingga ada yang mahu memb0ikot selebriti popular itu.

Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot? antara luahan warganet.

Kecoh di media sosial semalam mengenai kenyataan mahu memboikot Neelofa yang menurut netizen, sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angk.uh.

Rata-rata netizen berpendapat Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh.

Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang.

Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan, tulis seorang netizen.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan pelakon, pengacara dan usahawan itu memohon agar diberikan isu terbabit secara profesional dengan pihak berkuasa.

Neelofa dan Haris Ismail dilaporkan selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kelmarin.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sejak minggu lalu nama pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac itu menjadi bualan hangat netizen selepas mereka dikatakan bersiar-siar, bermain jetski dan menaiki kereta kabel sebagai mana yang dikongsikan dalam Instagramnya ketika dalam tempoh lawatan kerja di pulau peranginan berkenaan.

Saya Sangat Tekankan Keberkatan Dalam Setiap Perkara, Pintu Rezeki Makin Bertambah, Neelofa Bersyukur

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin.

Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan.

Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.

Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah, katanya kepada MH.

Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.

Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendakwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.

InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah).

Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas.

Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.

Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan free marketing dan membuka rezeki kepada saya.

Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu, katanya lagi.

Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan.

Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.

Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu.

Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah, akhirinya.

: http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...