www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


'Nayan 'hidupkan' karier saya'

6 month ago, 07-Sep-2018


PELAKON, Ropie Cecupak, 51, mengakui filem Hantu Kak Limah lakonannya benar-benar memberikan impak kepada kerjaya seninya.

Menurut Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin, dia kini menerima banyak panggilan telefon dan tawaran berlakon terutamanya iklan.

Saya sendiri pun tak sangka bahawa Hantu Kak Limah akan memberikan kesan sehebat ini kepada kerjaya seni saya. Sejak 21 tahun lalu, ini adalah kali pertama saya terima panggilan dan tawaran sebanyak ini, katanya kepada Harian Metro.

Kerana terkejut dengan sambutan yang sangat menggalakkan kepada karakter Nayan yang dilakonkannya, Ropie mengakui turut rasa gementar.

Mungkin sebab tak pernah mendapat liputan dan perhatian sebegini hebat, saya jadi gementar dan takut juga, katanya.

Kata Ropie lagi, jadualnya mula padat sehingga penghujung tahun ini.

Alhamdulillah, jadual saya pun dah mula penuh. Tapi, ada juga yang masih dalam perbincangan. Yang pasti, banyak tawaran iklan yang saya terima.

Selain itu, saya juga banyak menerima tawaran untuk membuat persembahan di acara tertutup. Selalunya, saya sertakan pakej sebagai pelawak, pengacara dan penyanyi, katanya.




SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts