EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

M. Nasir Yakin Dengan Mafarikha Untuk Bawa Lagu Remake Nyanyian Asal Zaiton Sameon

0 month ago, 07-Jun-2021

Buat kolaborasi pertama antara Luncai Emas dan Mafarikha, lagu Kabut Serangkai Mawar, sebuah lagu klasik nyanyian Zaiton Sameon dan ciptaan Dato? M. Nasir, telah dipilih untuk digubah semula dan dijadikan sebagai sebuah ?remake?.

Dengan lontaran suaranya yang lantang dan kebolehannya untuk menyampaikan emosi dan jiwa yang merinding dengan nyanyiannya, dipersetujui bahawa Mafarikha adalah calon yang terbaik untuk kolaborasi ini.

IKLAN

Dalam pada itu, Mafarikha berkata, Zaiton Sameon merupakan seorang legenda dan akui meminati penyanyi itu.

Kalau nak cakap minat, mak saya lagi minat dengan Zaiton Sameon. Menaruh Harapan memang antara lagu paling favorite mak-mak kita. Daripada situ saya tahu tentang Zaiton Sameon. Belum pernah jumpa tapi cerita Zaiton Ceritaku adalah antara cerita yang saya paling suka. Shes definitely a legend.- katanya.

Untuk mencapai kualiti lagu yang diinginkan, produser berkaliber Ashraf Aasimudin telah dipilih khas oleh Mafarikha untuk menjadi produser kepada lagu Kabut Serangkai Mawar 2021. Dengan kerjasama ahli-ahli Luncai Emas yang penuh bakat dan tunjuk ajar sifu Dato M Nasir, gubahan baru ini telah berjaya dijadikan sebuah ?masterpiece?.

Jom dengar nyanyian Mafarikha untuk versi remake lagu Kabut Serangkai Mawar.

Menurut M Nasir, Mafarikha telah membawa lagu itu ke tahap yang tersendiri.

Saya melihat suaranya sedap dan unik.-katanya

Berkongsi pengalaman menulis lagu ini, M Nasir akui masih terkenang dengan kejadian tragis yang menimpa Zaiton Sameon.

Saya teringat waktu bekerja dengan Zaiton Sameon tak lama sebelum dia ditimpa kemalangan ketika lagu ini ditulis. ujarnya

Penggubahan semula lagu Kabut Serangkai Mawar adalah usaha dan kerjasama pelbagai pihak dan bakat, di mana hasilnya merupakan satu penyampaian yang indah. Mafarikha telah berjaya menyalurkan
suara lantangnya ke dalam lagu ini dengan penuh emosi dan penghayatan, serupa dengan Zaiton Sameon namun dengan keunikan dan ?character? tersendiri.

Luncai Emas merupakan sebuah syarikat rakaman yang terkenal dengan mempunyai keunikan tersendiri, yang boleh dilihat dalam pemilihan artis artis mereka yang mengikuti dasar bakat dan identiti, yang lain daripada yang lain, berbeza dengan bakat tempatan yang ada sekarang dan mepunyai seni yang tersendiri. Mafarikha telah dipilih kerana kebolehannya yang unik, sekaligus menjadi satu- satunya artis wanita di dalam Luncai Emas.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...