EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Akur nasihat, Nabila Razali terpaksa tarik diri dari Separuh Akhir Muzik Muzik 35

0 month ago, 20-Nov-2020

Hasrat penyanyi Nabila Razali untuk menyanyi di separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) tidak kesampaian selepas dia dinasihatkan supaya berehat atas faktor kesihatan.

Memetik laporan Harian Metro, pengurusnya Mohd Asrul Abdul Talib berkata, Nabila akur dengan keputusan tersebut selepas mendapat nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF.

Tambahnya lagi, meskipun telah mendapatkan rawatan daripada doktor pakar, akan tetapi jalan terbaik untuk penyanyi berusia 28 tahun itu kembali sembuh adalah dengan berehat daripada aktiviti nyanyian.

Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impiannya sebagai penyanyi

Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun, masalah ini dikesan sejak minggu lalu menjadi semakin teruk

Difahamkan, pihaknya sedang mencari pengganti Nabila bagi menyanyikan lagu Peluang Kedua pada Ahad ini iaitu hari terakhir penganjuran SFMM35.

: Harian Metro (Najiy Jefri)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...