EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Chef Wan Nasihat Aliff Syukri Masuk Kelas Masakan, Cari Orang Yang Mampu Bantu Dalam Perniagaan Makanan

0 month ago, 10-Jun-2021

Chef selebriti masakan popular, Datuk Chef Wan menasihati usahawan Datuk Seri Aliff Syukri supaya memasuki kelas masakan terlebih dahulu.

Chef Wan berkata, usahawan berkenaan juga perlu mencari orang yang bertepatan untuk membantunya dalam industri perniagaan makanan.

Ya la nak berniaga makanan ini memang kena terima segala yang positive mau pun negative. Saya rasa Aliff pun dah masak dengan kulit muka dia nak setebal pintu jamban Cik Kiah itu! Tu la orang nak berniaga makananan pun kau nak juga jual makanan bukan tak boleh kena berhati hati.

Jika tak pandai masak kena la pi belajar masak betul2 jika tidak as usahawan dan jutawan yang pakai jam berlian tangan sekali 2 ke tiga ini pergi la invest and engaged the right people to assist his food business, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai satu video review oleh Sharnaaz Ahmad berkenaan Sup Jolo yang dijual oleh Aliff Syukri.

Dalam video berkenaan, Sharnaaz mengkritik tentang makanan tersebut dengan harga RM16.50 dan mahu usahawan itu memperbetulkan terlebih dahulu dari segi resepi dan penyediaanya.

Pada masa sama, Chef Wan berkata sekiranya perniagaan berkenaan tidak dijalankan dengan betul ia boleh mendatangkan kerugian.

Jika tak buat cara betul dan syiok sendiri boleh rugi perniagaan itu.
Baik aja masuk kan duit itu didalam longkang as it become a waste.
Dah tentu kita tak perlu carry all that stress and excess baggage in dunia perniagaan.

Contrary to that this could also be his gimmick to create awareness of this products. Kutuk punya kutuk (as some people also believed in business jenis mcm ni) tiba2 ramai pulak orang nak mencubanya pulak! Kaya raya si Aliff tu lagi. Tambah lagi satu jam di tangan itu! ujarnya. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...