EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

NASIB ANAK YATIM KEHILANGAN IBU BAPA AKIBAT COVID-19 DIBELA

0 month ago, 11-Oct-2021

KUALA KRAI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengenal pasti seramai 4,696 orang anak yatim atau yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 di seluruh negara setakat September lepas.

Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kementerian telah mengambil inisiatif termasuk langkah-langkah bagi memastikan nasib mereka terbela termasuk tidak tercicir dari segi pendidikan.

Jelasnya, pihak kementerian turut memberi peluang kepada waris dan keluarga terdekat anak yatim terlibat untuk menjaga mereka.

“Kita memahami ramai anak-anak menjadi yatim kerana ibu bapa mereka meninggal akibat COVID-19 dan menyediakan pelbagai program untuk membantu mereka di antaranya program berasaskan keluarga.

Sekiranya tiada waris yang boleh menjaga mereka, kementerian ada 36 institusi kanak-kanak dan daripada jumlah tersebut tujuh kita khaskan kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa serta tiada waris,” katanya, semalam.

Siti Zailah mengulas, kementeriannya menyediakan pelbagai program termasuk motivasi, kaunseling dan sebagainya dengan kerjasama Kementerian Pelajaran sebagai sokongan kepada golongan tersebut.

“Kita menyediakan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dia mana maksima bantuan RM1,000 untuk satu keluarga.

“Sekiranya mereka ini layak, boleh ambil contoh di Ampang di mana satu keluarga 10 beradik yang tidak ada ibu dan ayah diberi bantuan RM1,000 sebulan,” katanya.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...