EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Nasib Upin & Ipin di Oscars diketahui malam ini

0 month ago, 13-Jan-2020

PENGARAH Isi Kandungan Kreatif Les' Copaque Production, Nur Naquyah Burhanuddin meletakkan harapan untuk filem animasi terbitan syarikat itu, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal dicalonkan pada Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Oscars ke-92 yang akan berlangsung Februari ini.

Naquyah ketika dihubungi, meminta agar seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan agar filem yang membawa nama negara itu akan diumumkan sebagai salah satu calon dalam kategori Filem Animasi Rencana Terbaik.

"Harapan mestilah sentiasa ada apabila sudah tersenarai. Kita sama-sama doakan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Naquyah, pencalonan untuk kesemua kategori akan diumumkan secara langsung bermula jam 9.18 malam ini waktu Malaysia di laman web dan saluran YouTube Oscars.

Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal menjadi satu daripada 35 filem yang mendapat tempat sebagai lima calon teratas di samping filem lain antaranya Frozen 2, Toy Story 4, Addams Family, Angry Birds 2 dan banyak lagi.

Filem animasi yang ditayangkan pada Mac tahun lalu itu mencatat kutipan pecah panggung sehingga RM25 juta dan turut ditayangkan di beberapa negara termasuk Indonesia dan China.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...