EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Nasib baik dulu Mama atlet Pantang Dapat Keluar, Baby Merangkak Cuba Larikan Diri Jadi Perhatian Netizen

3 month ago, 23-Jan-2022

Ibu bapa yang sudah mempunyai bayi sudah pasti akan mula berasa happy bila nampak anak-anaknya sudah mula membesar. Bermula dari meniarap lalu sudah pandai merangkak pula.

Apabila sudah pandai merangkak, lama-lama pandai berjalan. Ha, waktu ini ibu bapa kena get ready la untuk layan kerenah anak-anak. Takut tak cukup tanah nak kejar anak-anak yang baru dapat kaki ni nanti.

Selalu kita lihat kanak-kanak yang usianya bawah setahun selalu aktif dan ligat sampai letih ibu bapa nak melayannya. Bukan itu sahaja, mereka juga didorong dengan sifat ingin tahu yang tinggi!

Macam-macam eksperimen nak dicuba. Bila dah pandai merangkak, kanak-kanak ini akan cuba sedaya upaya menggunakan daya kekuatan kaki mereka untuk berdiri tanpa pertolongan.

Sama seperti adik Muhammad Muhammad Annas Fayyadh. Ibunya Cik Rose telah berkongsi sebuah video di TikTok tentang perkembangan anaknya yang sudah mula pandai mengimbangkan badan ingin berdiri.

Bagi Cik Rose, ianya adalah satu percubaan baik yang telah dilakukan oleh si cilik itu. Selain itu, menerusi video yang dikongsi, Anas juga dilihat cuba berdiri tanpa sebarang bantuan.

Yang lebih membuatkan netizen geram melihat ragamnya itu adalah dia menepuk kedua belah tangannya seolah-olah tanda self-reward kepada dirinya sendiri kerana berjaya berdiri.

@cikros9089ALHAMDULLILAH…GOOD TRY ADIKK…HEHE USAHA LAGI YA…???????????????? JANGAN LUPA, BILA BERJAYA TEPUK TANGAN..REWARD DIRI..????? UP – INNA

Pun begitu, walaupun adik Anas sudah mencecah umur setahun dan di dalam fasa aktif, dia masih tidak boleh berjalan.

Menerusi sebuah lagi video pula menunjukkan adik Anas merangkak dengan sangat laju sampai tak terkejar dibuatnya! Si cilik tersebut seolah-olah cuba melarikan diri dari rumahnya.

Namun apa yang lebih mencuit hati ramai adalah apabila si cilik tersebut sempat menoleh ke belakang melihat ibunya yang sedang gigih mengejarnya.

Walaupun adik Anas belum ‘dapat kaki’, namun dia sudah dapat bergerak dengan laju. Bayangkan kalau dah pandai berjalan nanti. Tak terkejar si ibu dibuatnya!

Sejak video tersebut dikongsi, ia berjaya meraih tontonan sehingga 815 ribu kali dan 56.8 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@cikros9089AKAL BARU ANAK SOLEH…NASIB BAIK DLU MAMA ATLET…BOLEH KEJAR ADIKKK…HAHAHA ????????????? Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

Melihat di ruangan komen pula, ramai yang geram melihat kecomelan si cilik yang aktif itu. Ramai juga yang teruja melihat kebolehan adik Anas bergerak dengan pantas walaupun hanya merangkak.

Antara komen-komen menarik di TikTok

“alala..laju nya cek oiii…mcm ank acik jgak..pantang bukak pintu ????

“oittt lajunya????

“makin kurus la ibu kalau asyik exercise mengejar gini kan.. nak makan pun taksempat habis.. ????

“Nasib baik dulu Mama atlet” Pantang Dapat Keluar, Baby Merangkak Cuba ‘Larikan Diri’ Jadi Perhatian Netizen YOY Network.



SUMBER : yoy.my



Live Website Traffic


loading...