EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Nanas Goreng Crispy. Sajian Minum Petang Unik Tapi Sedap.

0 month ago, 24-Jun-2020

Nanas Goreng Viral ni mula disebut-sebut bila ada peniaga dari Kelantan yang menjualnya. Unik dan tersendiri. Biasanya kalau petang-petang begini, ramai yang menjual pisang goreng, cempedak atau keropok goreng. Nak cuba? Saudari Hanita Muhamad ada kongsikan resipinya. Jom cuba.

CARA MASAK NANAS GORENG CRISPY

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras (sukat guna cawan teh)
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh air bancuhan air kapur
  • 1 biji telur
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Air jangan terlalu banyak
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • Hirisan nanas secukupnya (INFO RASA: Sebaiknya guna nanas madu yang mengkal supaya gorengan tidak terlalu berair)

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali nanas) dan adun sebati.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair.

3. Panaskan minyak masak dengan banyak.

4. Celup hirisan nanas yang dipotong kecil ke dalam bancuhan tepung tadi.

5. Goreng dalam minyak panas selama 2-3 minit atau sehingga tepung garing. (INFO RASA: Jangan goreng terlalu lama kerana gorengan nanas akan jadi berminyak dan kecut.)

6. Angkat, toskan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hanita Muhamad

Tercari-cari RICE COOKER yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tomyam Sayur Thai. Resipi Istimewa Yang Sangat Sedap.

Resipi Kimbap Korea. Buat Sendiri Baru Puas Hati.

Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Sedap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Nanas Goreng Crispy. Sajian Minum Petang Unik Tapi Sedap. RASA.

(Visited 1 times, 1 visits today)

SUMBER : rencahrasa.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...