EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Nampak sama seperti Pikachu, seekor possum keemasan yang jarang ditemui raih tumpuan warganet

0 month ago, 26-Jun-2020

Hingga ke saat ini, Pokmon sentiasa menjadi haiwan digital yang digemari sebahagian daripada kita walaupun realitinya, ia tidak pun wujud di dunia nyata.

Sungguhpun begitu, jika cukup bertuah, kita sebenarnya dapat menemukan karakter utama dalam siri animasi berkenaan menerusi haiwan sebenar ada dan tinggal bersama-sama di planet bumi kita ini.

Warner Bros. Pictures/YouTube

Ianya tidak lain dan tidak bukan, seekor bayi possum bewarna keemasan yang menjadikan kawasan tertentu di Australia sebagai habitatnya.

Jika dilihat, agak mudah sebenarnya untuk kita perasan akan persamaan di antara possum comel ini dengan karakter ikonik Pokmon, iaitu Pikachu!

Boronia Veterinary Clinic And Animal Hospital/Facebook

Possum ini tidak memiliki pipi yang merah dan juga kemampuan semula jadi untuk menembak elektrik daripada badannya bak Pikachu namun ianya mungkin merupakan haiwan di bumi yang menyerupai Pikachu.

Ianya pertama kali disedari dan tular pada tahun 2018, di mana pihak Boronia Veterinary Clinic And Animal Hospital di Victoria memuat naik beberapa gambarnya ketika diselamatkan.

Boronia Veterinary Clinic And Animal Hospital/Facebook

Baru-baru ini kami telah menerima kehadiran seekor possum yang cukup istimewa ke klinik, tulis klinik tersebut di laman Facebook rasmi mereka.

Menurut sumber, bayi possum itu telah dibawa oleh orang awam yang menjumpainya di tanah dan berkemungkinan bahawa possum itu telah terjatuh daripada belakang ibunya.

Boronia Veterinary Clinic And Animal Hospital/Facebook

Ianya sangat jarang ditemui di alam liar walaupun warna tubuh yang terang, membuatkan possum itu sangat istimewa bagi kami. Mereka juga menonjol pada pemangsa!.

Possum biasanya bewarna coklat kekelabuan namun Pikachu kecil ini mengalami mutasi genetik kekurangan melanin. Ia adalah pigmen sama yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi warna mata, rambut dan kulit yang gelap.

Caversham Wildlife Park/Facebook

Nasib menyebelahinya apabila possum itu diletakkan di bawah jagaan khas untuk dibesarkan lalu akan dipindahkan ke tempat perlindungan hidupan liar setelah possum itu besar kelak, tambah pihak klinik itu.

Nampak sama seperti Pikachu, seekor possum keemasan yang jarang ditemui raih tumpuan warganet Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...