EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Nampak Sedap, Tapi Makanan Ni Tak Patut Diambil Ketika Perut Kosong!

0 month ago, 20-Nov-2020

Bila perut lapar memang rasa macam nak makan benda yang sedap-sedap je. Tak kesahlah makanan tu baik untuk perut ataupun tidak, asal nampak sedap je mesti kita terus nak makan. Selain itu, ramai juga yang sangka pengambilan buah atau produk tenusu tu baik diambil semasa sarapan pagi. Yelah nak eat healthy bak kata orang. Tapi sebenarnya ada juga buah dan produk tenusu yang tak elok diambil ketika perut kosong. Jom tengok senarai makanan yang tak elok dimakan semasa perut kosong.

Roti Dan Pastri

Alamak! Rasanya roti ni dah menjadi makanan wajib bagi mereka yang mahukan sarapan simple di awal pagi. Tapi sebenarnya kandungan yis dalam makanan seperti roti dan pastri akan membuatkan perut anda berasa kurang selesa kerana penghasilan gas dan ini secara tidak langsung akan membuatkan perut anda berangin. Anda mungkin akan sendawa atau kentut sepanjang hari disebabkan tindak balas sistem perut anda terhadap kandungan yis tersebut.

Makanan Dan Minuman Manis

Ini mungkin tak ramai yang amalkan, tapi kalau ada yang suka makan atau minum air manis di awal pagi lebih baik buang tabiat tu. Kandungan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman akan menyebabkan pankreas anda bekerja dengan lebih kuat disebabkan peningkatan pengeluaran insulin oleh tubuh badan. Jadi seeloknya minum segelas air kosong terlebih dahulu kerana tubuh badan anda baru sahaja mula untuk berfungsi.

Yogurt Dan Produk Tenusu Yang Diperam

Yogurt memanglah sedap tapi tak elok diambil ketika perut kosong. Asid hidroklorik akan terbentuk untuk bertindak balas dan membunuh bakteria asid laktik yang dihasilkan oleh yogurt. Justeru itu, pengambilan yogurt dan produk tenusu semasa perut kosong hanya akan memberi sedikit manfaat kepada tubuh badan anda dan berkemungkinan menyebabkan gastrik.

Buah Pir

Buah Pir ni antara yang tak baik diambil pada waktu perut kosong kerana serat kasar yang terdapat di dalam buah ini boleh mencederakan dinding perut. Sebaiknya, makan buah pir ini selepas anda makan makanan yang lain bagi mengelakkan masalah tersebut terjadi.

Tomato

Pengambilan tomato semasa perut kosong akan meningkatkan kadar asid dalam perut anda kerana kandungan asid tannicnya yang tinggi. Bagi sesetengah kes, anda mungkin boleh mendapat gastrik atau ulser perut. Memang sakit kalau terkena tu!

Timun Dan Sayuran Hijau

Ini mungkin kepada yang gemar memakan sayur-sayuran. Sayuran mentah seperti timun atau ulam-ulaman yang lain adalah kaya dengan asid amino. Namun, pengambilannya sewaktu perut kosong boleh menyebabkan kembung perut, pedih ulu hati dan juga gas berlebihan dalam badan. Nak makan sayur tu makanlah pada waktu lain selepas perut sudah diisi.

Pisang

Ini lagi satu buah yang tak patut dimakan ketika perut kosong. Mesti ramai yang pernah jadikan pisang sebagai makanan pertama diawal pagi. Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang tinggi kandungan magnesium. Tetapi sekiranya diambil semasa perut kosong, kandungan magnesium dalam darah anda akan meningkat dan secara tidak langsung boleh membahayakan jantung.

Makanan Pedas Dan Berempah

Secara logiknya memang tak elok makan makanan pedas semasa perut tengah kosong. Makanan pedas atau berempah boleh meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Sistem penghadaman dan pencernaan anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya mengambil makanan yang pedas atau berempah semasa perut anda kosong.

Minuman Berkarbonat

Mungkin ianya jarang diminum pada awal pagi, tapi kalau anda pernah buat lebih baik jangan biasakannya. Kandungan gula yang tinggi di dalam air berkarbonat boleh mengganggu proses pembekalan darah ke perut sekiranya diambil semasa perut kosong. Kesannya, proses pencernaan akan menjadi lambat. Pastikan anda makan sesuatu terlebih dahulu sebelum mengambil minuman berkarbonat.

Buahan Citrus

Buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon adalah tinggi dengan asid buahan. Anda mungkin diserang gastrik atau ulser perut sekiranya mengambil buahan tersebut ketika perut kosong. Jadi kalau nak makan buah juga, elakkanlah buah-buahan yang dinyatakanni.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Makan Sebiji Telur Sehari Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Diabetes Sebanyak 60 Peratus

Masalah Perut Buncit? Ikut 5 Langkah Berkesan Untuk Kempiskan Perut

 

 

 

 

 

Nampak Sedap, Tapi Makanan Ni Tak Patut Diambil Ketika Perut Kosong! first appeared on Kool FM.



SUMBER : koolfm.com.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...