EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Nampak haiwan tu nangis. Netizen panas Aliff Syukri tunggang gajah di Thailand

0 month ago, 13-Jul-2019

Selepas sisi gelap aktiviti menunggang gajah di tempat pelancongan seperti di Thailand telah didedahkan ke media sosial, orang ramai sudah mulai menyedari bahawa penderitaan yang dihadapi oleh haiwan tersebut.

Umum sedia maklum bahawa gajah-gajah itu telah dipaksa membawa pelancong dan didera bagi menjinakkan haiwan tersebut agar mengikut arahan penjaga. Hal ini kerana, gajah menjadi salah satu tarikan pelancongan di negara gajah putih itu.

Walau bagaimanapun, usahawan kosmetik terkenal Malaysia, Dato Seri Aliff Syukri telah teruk dikecam netizen di Instagram selepas dia memuat naik gambar menunggang gajah semasa berada di Thailand.

Aliff Syukri yang sudah berada di Thailand hampir 10 hari memberitahu sedang menjalankan tugas bagi mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan olehnya. Usahawan itu juga memberitahu bakal mengeluarkan program jenis trevelog dan masakan di saluran YouTubenya.

Menjengah ke ruangan komen Aliff Syukri, terdapat pelbagai maklum balas yang diterima berhubung tindakannya menunggang gajah semasa berada di Thailand. Rata-rata warganet menzahirkan rasa tidak setuju mereka dengan aktiviti yang dilakukan oleh Aliff kerana boleh mengundang kecederaan buat haiwan tersebut.

: Aliff Syukri

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com