EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Namakan produk Daging Harimau Menangis, ibu Neelofa tak bagi guna nama sama?

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Sejak hujung tahun lepas, resepi masakan daging harimau menangis yang cukup popular di Thailand telah tular selepas ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mengeluarkan produk tersebut.

Mendapat permintaan tinggi, daging harimau menangis keluaran beliau mulai disebut-sebut selepas videonya memasak resepi terbabit dimuat naik ke Instagram.

Namun begitu, menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @azrulhaqim, dia meluahkan rasa kesalnya apabila Kartini didakwa telah membuat permohonan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produk keluarannya.

Hal ini membuatkan orang ramai mulai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu membunuh peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.

Selain itu, menerusi perkongsian satu video yang diperoleh daripada Instastory ibu Neelofa ini, dapat didengar beliau memaklumkan nama resepi tersebut telah dipakai untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh menggunakan nama sama.

Perkara tersebut membuatkan warganet bengang susulan video terbabit dibuat dalam keadaan gelak ketawa dan seolah-olah meminta orang lain yang mengeluarkan produk seperti itu menggunakan nama lain dan bukan lagi Daging Harimau Menangis.

Walau bagaimanapun, ada netizen yang memuat naik permohonan Kartini dipercayai berkenaan trademarkDaging Harimau menangis itu dan memaklumkan permohonan baru sahaja dibuat.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak beliau berhubung kontroversi yang tular di media sosial terutamanya di Twitter.

Perkongsian tersebut hanya dimaklumkan daripada sebelah pihak dan kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan sebetulnya.

: azrulhaqim, Bafourabakery



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...