EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Najib Razak Tanya Di Mana Siaran EPL Percuma?

0 month ago, 14-Aug-2019

Kegilaan rakyat Malaysia terhadap Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak dapat dinafikan. Asalkan peminat sukan bola sepak, majoriti daripada kita amat meminati saingan EPL. Apa tidaknya. Ini kerana EPL sentiasa menghidangkan bola sepak kompetitif dengan corak permainan menarik, pemain bintang bertaraf dunia, dan jurulatih-jurulatih yang handal taktikalnya.

Jika EPL tidak menarik, masakan syarikat penyiar digital negara, ASTRO sanggup membida dengan harga mahal untuk menyiarkan perlawanan-perlawanan EPL pada setiap minggu untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia.

Juga digilai pemimpin politik

Bola sepak EPL juga turut digilai setiap lapisan rakyat termasuk pemimpin politik. Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik misalnya adalah penyokong setia Manchester City. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Yang Berhormat Nurul Izzah pula adalah penyokong Arsenal.

Ahli Parlimen Port Dickson adalah penyokong Manchester United, manakala Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad walaupun tidak pernah menzahirkan sebagai penyokong kelab EPL, pernah hadir menyaksikan perlawanan Cardiff City selepas mendapat undangan dari sahabat baik beliau, Tan Sri Vincent Tan yang merupakan pemilik kelab berpengkalan di Wales itu.

Bagaimanapun kami tidak dapat memastikan kelab pilihan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berbeza dengan Syed Saddiq, mantan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berkormat Khairy Jamaluddin adalah seorang penyokong Manchester United. Selain daripada Khairy, seorang lagi Ahli Parlimen dari parti pembangkang, Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein (Sembrong) juga meminati juara Inggeris 20 kali itu.

Najib Razak tanya mana EPL percuma

Seperti yang diketahui ramai, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang penyokong Manchester United. Namun baru-baru ini melalui perkongsian di Facebook beliau sempat menonton perlawanan membabitkan Liverpool menentang Norwich City.

Kami tidak boleh pastikan sama ada beliau telah melalang setelah Liverpool bergelar juara eropah buat kali ke-6 pada musim lalu, atau kerana rindu untuk menyaksikan saingan EPL setelah berehat beberapa bulan sejak saingan tamat pada musim lalu.

Namun apa yang menarik perhatian kami sebenarnya ialah soalan yang beliau lontarkan: Dimananya EPL percuma?

Menurut entri di Facebook bertarikh 10 Ogos itu, Najib berkata beliau sempat menyaksikan perlawanan diantara Liverpool dan Norwich. Pada ketika itu, beliau baru teringat akan janji PH (Kerajaan Pakatan Harapan) untuk menyiarkan EPL secara percuma sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun lalu.

Awal pagi tadi, saya sempat tonton Liverpool lawan Norwich untuk seketika.

Masa itu, Liverpool sudah jaring 3 gol.

Posted by Najib Razak onFriday, August 9, 2019

Saya pun check stesen-stesen TV percuma, ujar Najib di entri tersebut merujuk kepada siaran RTM, dan saluran Media Prima.

Yang sedang disiarkan masa itu adalah: TV1 Joran Selebriti, TV2 Cinta dilangit Cardiff, TV3 Tanyalah Ustaz, NTV7 Transmisi tamat.

Dimananya EPL percuma?

Dicapati lagi ke? Saya masih ingat masa PH tabur janji ini.

Dalam entri yang sama, beliau juga mengingatkan kata-kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobondh Singh Deo yang berkata tidak boleh memberikan siaran EPL percuma (mungkin kerana tiada bidaan pada pertengahan musim).

Namun ia tetap dipersoalkan sekali lagi oleh Najib kerana kini musim baharu EPL telah pun bermula.

Manifesto dan janji kerajaan

Janji untuk menyiarkan perlawanan EPL di siaran RTM sebenarnya pernah diwar-warkan oleh sayap Pemuda Pakatan Harapan satu ketika dahulu sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Ia adalah antara 10 perkara yang dirancang oleh sayap Pakatan Harapan ketika pelancaran sayap tersebut di Hotel Empire pada tahun lalu.

12. BPL percuma bukanlah impian. Ia boleh menjadi realiti. Harapan Baru untuk Anak Muda

Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 7, 2018

Malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman pernah menekankan ia perlu dilakukan untuk menghalang monopoli media, sambil menegaskan ia bukanlah impian semata-mata, tetapi turut boleh menjadi realiti sesuai dengan harapan anak muda di negara ini.

Perkara sama turut pernah disuarakan Dr. Zaidi Zakaria sebagai manifesto di pilihan raya umum yang lalu.

Belum masanya

Mungkinkah Dato Seri Najib terlupa bahawa siaran EPL hanya akan disiarkan secara percuma pada tahun hadapan sekiranya artikel dari Malay Mail ini menjadi rujukan.

Menurut Gobind pada tahun lalu, ianya mustahil untuk memberikan siaran langsung EPL percuma kepada rakyat Malaysia untuk tempoh dua tahun sejak peralihan kuasa kerajaan kerana faktor kos yang tinggi.

Nampak gayanya rakyat Malaysia harus menunggu sehingga musim hadapan untuk menyaksikan perlawanan membabitkan kelab EPL kesayangan masing-masing disiarkan secara percuma.

Tatkala faktor ekonomi rakyat marhaen sentiasa menjadi isu di negara ini, siaran EPL percuma mungkin sedikit-sebanyak akan mengubat duka dan boleh dijadikan hiburan untuk semua.

Sehingga itu, ia mungkin satu lagi sekadar polemik politik semata-mata.


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com