EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Najib Razak Cadang BN Berikan Sokongan Kepada Anwar Ibrahim

1 month ago, 26-Oct-2020

Melalui laporan sumber Malaysiakini, pertemuan ahli parlimen Barisan Nasional petang tadi mengundang kejutan apabila bekas perdana menteri, Najib Razak, mencadangkan agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

BACA: Bukan Biasa-Biasa, Ini Harga Face Mask Dipakai Oleh Najib Razak

Namun, menurut dakwaan sumber tersebut, cadangan Najib itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Tambah laporan tersebut, salah seorang ahli parlimen BN (yang tidak mahu nama didedahkan) berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

Masakan cadangan yang seperti tidak masuk akal mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan

Takkanlah BN terutama Umno mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru, katanya kepada portal berita tersebut.

Gambar: Azneal Ishak, malaysiakini.com

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam tidak menemukan sebarang keputusan sama ada Muhyiddin Yassin perlu mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Dewan parlimen dibubarkan atau tidak sebaliknya mesyuarat itu adalah untuk mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan. Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan daripada wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti, kata Najib.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...