EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Najib Diarah Bayar RM1.69 Bilion Cukai Kepada LHDN

0 month ago, 22-Jul-2020


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu bagi menuntut jumlah tunggakan berkenaan.

Ia bermakna permohonan LHDN supaya Najib membayar tunggakan cukai pendapatan itu tidak perlu dibicarakan di mahkamah.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas mendapati jumlah tunggakan cukai pendapatan tambahan berkenaan perlu dikenakan dan dibayar oleh Najib sebagai hutang kepada kerajaan.


Beliau berkata, mengikut Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan, mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Najib selaku defendan untuk mendengar rayuan bagi jumlah tunggakan yang dipertikaikan itu.

Bagaimanapun, hakim itu berkata, Najib masih boleh mengemukakan rayuan berhubung jumlah yang dipertikaikan itu kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.

Pada 25 Jun tahun lalu, kerajaan memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan LHDN yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Kerajaan selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi LHDN pada 25 Jun lalu dengan menamakan Najib selaku defendan tunggal.

: BH Online

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...