EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Nafuzi Zain: Mungkin Kita Main Lebih Baik Berbanding JDT

0 month ago, 12-Sep-2020

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata mereka telah beraksi lebih baik berbanding Johor Darul Tazim (JDT) di babak kedua tetapi gagal memanfaatkannya.

Terengganu tewas tipis 0-1 kepada JDT menerusi jaringan pemain sayap, Safawi Rasid pada minit kelima dalam perlawanan CIMB Liga Super 2020 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, malam tadi.

Kita lebih baik berbanding JDT

Minggu lalu, Terengganu juga tewas dengan keputusan yang sama kepada Melaka United yang menyaksikan mereka kehilangan mata dalam dua perlawanan berturut-turut selepas membuka kembali saingan liga dengan dua kemenangan.

Mereka dilihat berkemungkinan akan dipintas pencabar terdekat, Kedah yang bakal berdepan FELDA United pada aksi malam ini. Tampil mengawal seluruh perlawanan sepanjang babak kedua, Nafuzi Zain tetap berbangga dengan aksi pemainnya.

Babak kedua, kita mengawal keseluruhan 45 minit. Mungkin boleh semak statistik pada malam ini. Dengan apa yang pemain saya telah tunjuk berdepan dengan JDT yang mungkin malam ini kita lebih baik berbanding JDT, saya berbanggalah.

Saya gembira dengan apa yang dipamerkan oleh pemain. Kita bukan kalah dengan mudah, kita beri tentangan daripada minit pertama sehingga ke minit ke-90. Selepas JDT menjaringkan gol, pemain-pemain saya mula bermain betul-betul, jelasnya.

Dua perlawanan hadiahkan lawan tiga mata

Mengulas mengenai kesilapan pertahanan, Argzim Redzovic yang menghadiahkan JDT jaringan seawal babak pertama, Nafuzi Zain jelas tidak mahu menyalahkan sama ada penjaga golnya, Shamirza Yusoff mahupun Argzim Redzovic.

Jelasnya, Saya tidak salah sesiapa. Itu kesilapan komunikasi antara penjaga gol dan pertahanan. Kesilapan sedikit. Dalam bola sepak, jika kita buat kesilapan, kita akan dihukum. Hendak dapatkan gol berdepan JDT bukanlah tugas yang mudah.

Shamirza Yusoff Safawi Rasid Terengganu JDT Liga Super 2020
Saat penjaga gol TFC, Shamirza Yusoff ditewaskan Safawi Rasid. FOTO: Terengganu FC

[Tetapi] Kita kecewa kehilangan tiga mata, dua perlawanan menjadikannya enam mata. Saya rasa dua perlawanan ini kita telah hadiahkan kepada lawan tiga mata, tambahnya yang turut mengucapkan lebih awal tahniah untuk kejuaraan JDT.

Selain itu, beliau sememangnya menjangkakan penyerangnya yang merupakan pendahulu senarai penjaring terbanyak liga, Dominique da Sylva akan dirantai sepenuhnya, namun pemain-pemain lain terutamanya pemain muda beraksi baik.

Penutup

Kegagalan mengutip mata dalam dua perlawanan berturut-turut menyebabkan Terengganu saat ini berada di kedudukan ke-4 liga dengan berkongsi 10 mata bersama Melaka United, Kedah, Selangor dan lawan minggu depan, UiTM FC.

Kedah berpotensi memintas Terengganu jika meraih tiga mata penuh pada aksi malam nanti dan mungkin akan memintas sekali Melaka United dan Perak.

KREDIT FETURED IMAGE: TERENGGANU FC

Baca lagi artikel mengenai Nafuzi Zain dan TFC:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...