EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Nadiya Nisaa berdebar tengok Omar turun padang bersama Harimau Malaya

0 month ago, 10-Sep-2019

Sekarang ini rakyat Malaysia sedang teruja bercampur berdebar menyaksikan perlawanan bola sepak Harimau Malaya menentang UAE pada malam ini, bagi kelayakan dalam Piala Dunia dan Piala Asia dalam kumpulan G.

Debaran itu juga dirasai oleh pelakon Nadiya Nissa, apabila anaknya, Omar yang sebelum ini tular dengan video reaksi sebaknya, telah dijemput untuk menjadi pengiring pasukan Harimau Malaya untuk masuk ke padang.

Menerusi entri di IG story pelakon tersebut, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya melihat anaknya berada di atas padang bersama dengan pasukan bola sepak negara.

Diharapkan, Omar dapat menjadikan peluang ini sebagai pembakar semangat untuk terus menyokong pasukan bola sepak negara, agar malam ini kemenangan milik Malaysia.

Semoga, pasukan Malaysia dapat memberikan yang terbaik dan mampu melayakkan Malaysia muncul dalam Piala Asia dan Piala Dunia.

: Nadiya Nissa

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com