www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Nina Nadira Umum Hamil Anak Pertama, Wah Tahniah!

0 month ago, 10-Nov-2018


Please follow and like us:

0

Bintang Program Realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto yang dimuat naik, Nina berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.

Been keeping this for a while now, Im so happy I finally get to share this news for everyone!

Thank you layan karenah I throughout this pregnancy @farhanrusman few months to go insyaallah.

Minta semua doakan kami. Youre gonna be an amazing daddy @farhanrusman, tulis Nina.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.

Nina dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017.

: Gempak

Setahun Kahwin, Nina Nadira Akur Belum Ada Zuriat

Pelakon dan pengacara, Nina Nadira akur dengan takdir yang dia masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kata Nina kepada Sinar Harian, dia meletakkan rezeki itu kepada ketentuan takdir dan tidak terlalu berharap.

InsyaALLAH saya dan suami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menimang zuriat pertama.

Meski sudah setahun, kalau dikurniakan kami terima, katanya kepada Sinar Harian.

Nina dan Farhan mula mengenali dan bercinta ketika masing-masing melanjutkan pengajian di Deakin University, Melbourne. Pasangan ini selamat disatukan pada akhir Julai tahun lalu.

Dalam perkembangan kerjaya, Nina bakal beraksi dalam pementasan Teater Tanah Akhirku yang bakal berlangsung pada 28 Ogos sehingga 2 September 2018.

: Sinar Harian

Kredit: Gempak


SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts