EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Eh Yang, I Nak Buat Hal!- Nabil Mahir Dedah Tabiat Aneh Ayda Jebat Setiap Kali Selepas Makan

0 month ago, 22-Nov-2020

Setiap orang pasti ada tabiat aneh, begitu juga dengan selebriti kesayangan anda, Ayda Jebat.

Terkini di episod yang ke-3 #BilaAydaJatuhCinta yang di muat naik di lama Youtube WUVV Show, tunang kepada pelakon dan penyanyi popular itu iaitu Nabil Mahir telah mendedahkan tabiat Ayda yang ramai tidak tahu!

Menerusi video yang di muat naik di laman Youtube milik mereka itu, Nabil mendedahkan bahawa tunangnya itu mempunyai tabiat setiap kali selepas makan akan melepaskan angin atau pun berlahak sambil membuka tingkap kereta!

“Ayda setiap kali dia habis makan, dia akan lari masuk kereta atau tempat takde orang, buka tingkap then bluerkkk”

“Taktau kenapa perangai dia macamtu, tapi everytime nak keluarkan angin memang macamtu” ujar Nabil sambil ketawa

Alahai lain daripada yang lain, nak buang angin pun comel ek Ayda ni.

Sebelum ini pasangan selebriti sensasi ini telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka iaitu pada 1 Januari tahun depan.

Pengumuman gembira itu dikongsi pasangan terbabit menerusi video di episod 1 Tarikh Nikah Ayda Jebat & Nabil Mahir di saluran YouTube Wuzz Show milik mereka berdua.

Nabil turut berkongsi bahawa tarikh itu dipilih bagi memudahkan mereka mengingati ulangtahun perkahwinan.

 

Baca artikel sebelum ini : #BilAydaJatuhCinta Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Umum Hari Bahagia, Bakal Disatukan Awal Januari

"Eh Yang, I Nak Buat Hal!"- Nabil Mahir Dedah Tabiat Aneh Ayda Jebat Setiap Kali Selepas Makan first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...